Thomas Partey Sedia Mulakan Parti Bermula Di Etihad Stadium

Thomas Partey

Rekrut baharu Arsenal, Thomas Partey menegaskan dirinya sudah bersedia untuk berdepan Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Etihad Stadium, hujung minggu ini.

Menyertai The Gunners dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta, Partey dilaporkan akan menjalani sesi latihan pertama bersama rakan sepasukan baharunya itu pada hari ini.

Di samping sudah menyatakan kesediaan untuk diturunkan pada pertemuan menentang Manchester City, pemain skuad kebangsaan Ghana itu juga mendedahkan tujuannya menyertai Arsenal adalah bagi memenangi gelaran juara EPL musim ini.

Harapan besar tersebut sekali gus mahu menamatkan penantian panjang Arsenal yang kali terakhir memenangi saingan liga paling popular di dunia itu pada musim 2003/04.

”Ini adalah objektif baharu kami. Itu objektif kelab, diri saya dan saya merasakan kami perlu meletakkan [kelab ini] di tempat yang sepatutnya kami berada.

”[Memenangi trofi] merupakan sesuatu yang sukar dan kami semua mengetahui tentang kesukaran tersebut, tetapi kami bekerja ke arah itu dan saya merasakan kami sudah bersedia.”

”Kami perlu berusaha sepenuhnya dan cuba untuk mencapai semua itu dengan sendiri,” ujar Partey menurut laporan Goal.

”Saya suka untuk bermain pada perlawanan besar [merujuk kepada aksi menentang Manchester City]. Tetapi semuanya bergantung kepada jurulatih [Mikel Arteta] sama ada dia mahu saya beraksi atau tidak. Semua bergantung kepadanya.”

”Saya perlu membiasakan diri dengan skuad ini dan berlatih bersama sebelum kita lihat apa yang akan terjadi. Ia merupakan keputusan dari Mikel. Saya baharu sahaja sampai. Saya sudah bersedia tetapi saya perlu untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.”

”Saya fikir saya perlu untuk pantas [sesuaikan diri], bagi memastikan saya dapat belajar segalanya secepat yang mungkin. Saya boleh memastikan saya melakukan segalanya di padang latihan dan memastikan Mikel melihat saya sudah bersedia bermain untuknya.”

Partey yang merupakan lepasan Akademi Atletico Madrid mula menembusi skuad utama El Atleti pada musim 2015/16 dan telah membuat 132 penampilan dalam saingan La Liga serta turut berjaya menjaringkan 12 gol.

 

 

Kredit foto: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Thomas Partey dan Arsenal:

RASMI: Arsenal Sah Dapat Partey, Pinjam Keluar Torreira & Guendouzi

Arteta Perlukan Thomas Partey Di Arsenal Jika Guendouzi Dijual

Arsene Wenger Yakin Arsenal Mampu Raih Kedudukan Empat Teratas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN