Pemain Arsenal, Thomas Partey masih lagi menganggap dirinya tidak mampu untuk berikan yang terbaik kepada pasukannya.
Beliau yang sebelum ini beraksi di La Liga bersama-sama Atletico Madrid, mengakui masih lagi tercari-cari rentaknya untuk menyinar di Premier League.
Pada pengamatan Partey, beliau cuma berasakan yang dirinya masih terumbang-ambing lantas hanya memberikan empat daripada 10 untuk rating prestasi semasannya bersama Arsenal.
“Ada masanya saya mampu memberikan cabaran hebat di atas padang. Tetapi ada masa saya hilang fokus dan semuanya menjadi caca merba,” kata Partey kepada Sky Sports.
Beliau menyedari yang persembahan ketika tewas ditangan Manchester United tempoh hari membuatkan dirinya menjadi perhatian penyokong.
Malah ketika tewas ditangan Everton semalam, Partey turut tidak begitu cemerlang sewaktu bermain di Goodison Park.
Menurut laman Sofascore, Partey hanya mempunyai rating 6.5 dan ianya antara yang terburuk dicatatkan oleh pemain Arsenal semalam selain Granit Xhaka (6.5) dan Aaron Ramsdale (6.4).
Walaupun kini masih sukar untuk mendapatkan rentak, Partey tetap positif dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan bersama-sama Arsenal.
“Saya perlu membaca permainan dengan lebih lagi. Sekarang saya ada perlawanan yang berterusan dan ianya adalah normal untuk beberapa perlawanan atau detik, saya akan mengalami penurunan prestasi.”
“Dengan lebih banyak perlawanan [dimainkan], saya boleh tuju ke mana arah yang saya mahu [kejayaan].”
Arsenal semalam tewas 2-1 ditangan Everton selepas mereka memboloskan dua gol di penghujung permainan.