Thomas Muller Mohon Maaf Akui Tidak Sengaja Tendang Kepala Pemain Lawan

Penyerang Bayern Munich, Thomas Muller dilayangkan kad merah susulan tindakannya menendang kepala pertahanan Ajax, Nicholas Tagliafico pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Tendangan ala kungfu terhadap pemain lawan itu menyebabkan beliau dibuang padang dalam aksi yang berkesudahan keputusan seri 3-3. Walaubagaimanapun, beliau memohon maaf dan mengakui tidak sengaja melakukannya.

“Tidak, tidak, sudah tentu saya tak sengaja,” kata pemain berusia 29 tahun itu selepas menerima kad merah pertama kariernya selepas 462 penampilan bersama Bayern.

Keputusan di gelanggang Ajax itu menyaksikan kedua-dua pasukan melangkah ke peringkat 16 terakhir.

Mueller berkata, dia pergi ke bilik persalinan tuan rumah selepas perlawanan untuk meminta maaf kepada Tagliafico tetapi pemain yang menjaringkan gol penyamaan lewat pada minit ke-95 sudah tiada.

Justeru, Mueller menulis dalam laman Instagram kepada “@tagliafico3 – Saya benar-benar minta maaf atas apa yang berlaku semalam! Ia tak disengajakan. Semoga pulih dengan cepat.”

Mueller diarahkan keluar padang 15 minit sebelum tamat ketika cuba mengambil bola hantaran jauh tetapi kakinya tiba tepat ke kepala Tagliafico yang kemudian memerlukan rawatan.

Rakan sepasukan pemain itu dan jurulatihnya turut bersetuju ia kesalahan kad merah.

“Thomas tidak nampak,” kata bos Bayern, Niko Kovac. “Tapi ia jelas kad merah, dia sepatutnya lebih berwaspada terhadap lawannya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN