Thomas Dooley Dedahkan ‘Mimpi Ngeri’ Beliau Sebagai Jurulatih Pahang

Bekas pengendali Sri Pahang iaitu Thomas Dooley telah pun berkongsi beberapa pengalaman ngeri beliau sepanjang melatih pasukan tersebut pada awal tahun lalu.

Menurut Dooley di Facebook, beliau sebelum itu mengakui telah menikmati musim terbaik di Vietnam selaku pengarah teknikal, dan selepas itu dirinya mahu sekali lagi tampil dalam bidang kejurulatihan.

Selepas menerima panggilan daripada Sri Pahang, beliau jelas teruja untuk membantu pasukan tersebut yang dianggap kaya dengan sejarah tetapi berada dalam prestasi sukar ketika itu.

Menerusi perbualan telefon bersama Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Dooley menganggap ianya suatu projek yang sangat menarik.

Namun segalanya tidak tampil dengan serba baik buat pengendali dari Jerman itu apabila beliau sedar beberapa masalah mula melanda sejak awal lagi.

Antara cabaran awal dihadapi Dooley ialah Sri Pahang terlebih dahulu sudah melepaskan tiga tonggak terbaik mereka dan baki 12 pemain yang tidak ada pengalaman beraksi dalam saingan Liga Super.

Malah, tujuh pemain yang diinginkan beliau untuk persediaan bersama pasukan juga telah ditolak oleh pihak pengurusan, selain tiga tonggak berpengalaman bersama empat barisan kejurulatihan tidak datang awal untuk sesi latihan.

Pengendali tersebut juga agak terkejut bila barisan pemain dan kejurulatihan tidak menonton permainan pasukan lawan yang akan dihadapi serta menyatakan Sri Pahang tidak mempunyai bilik persalinan.

Beliau juga menyatakan masalah dihadapi oleh para pemain kendaliannya yang tiba lewat untuk sesi latihan serta pulang dengan lebih awal sebaik sahaja rutin selesai.

Pada masa sama, Dooley menganggap pasukan divisyen 10 di negara kelahirannya jauh lagi baik berbanding Sri Pahang dari segi fasiliti dan padang.

Dooley yang tidak berpuas hati dengan padang latihan telah pun membuat permintaan kepada pengerusi kelab untuk menukarkannya kepada lokasi baharu.

Dan selepas mereka mendapat akses latihan di stadium, beberapa masalah lain turut timbul seperti kehadiran para pemain dan kejurulatihan untuk sesi tersebut.

Hanya beberapa pemain muda sahaja tiba sejam lebih awal dan masih berada di sana dengan tempoh masa lebih lama selepas sesi latihan selesai.

Tetapi sesetengah pemain dan kejurulatihan tidak menyukainya serta masalah yang ditimbulkan oleh salah satu jurulatih enggan untuk menterjemahkan dialognya kepada semua orang.

Jurulatih berusia 61 tahun itu juga mendedahkan tiga pemain senior yang beraksi bersama skuad kebangsaan dan penjaga gol tidak mahu datang awal ke stadium.

Ketiga pemain tersebut juga melancarkan provokasi kepada Dooley sepanjang sesi latihan berlangsung dan perbincangan sesama pasukan sedang dibuat.

Pengerusi kelab membenarkan Dooley untuk mendapatkan empat atau lima pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan, tetapi semuanya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Dato’ Dollah Salleh dan beliau akan menyatakan kepada Tengku Abdul Rahman.

Keesokannya, Dollah tampil menyatakan Tengku tidak bersetuju dengan senarai nama pemain tersebut serta Dooley menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

Terang Dooley, beliau tidak mempercayai Dollah kerana ramai sudah memberi amaran kepadanya sebelum itu tentang sikap yang ada pada jurulatih berpengalaman tersebut.

Malah sikap Dollah bersama beberapa staf kejurulatihan lain juga dilihat sangat meragukan pada pandangan Dooley sehingga hari perlawanan pertama mereka tiba.

Selepas mengharungi dua perlawanan dengan keputusan negatif, Dooley menyatakan beliau ingin berjumpa dengan pihak atasan kelab untuk mengadakan mesyuarat.

Tetapi, sesuatu mengejutkan berlaku apabila pihak pengurusan dengan sebulat suara ingin merehatkan dirinya untuk tiga perlawanan akan datang kerana tidak berpuas hati dengan dua aksi lalu.

“Saya cakap ok. Tetapi saya nak tahu apa yang tidak kena dengan saya dan mereka masih berdiam diri. Saya kata sekurangnya beri saya sebab dan punca apa yang tidak kena.

“Saya datang hari ini pada mulanya untuk berbincang mengenai apa yang tidak kena pada dua perlawanan lalu, tetapi semuanya dilihat sudah tidak penting sekarang,” jelas Dooley menerusi Facebook miliknya.

Pihak pengurusan juga menyatakan para pemain tidak mahu turun awal ke sesi latihan, malah mereka enggan menonton video perlawanan tengan pasukan lawan atau diri mereka untuk rujukan.

Beliau juga tidak terkejut selepas dua hari kejadian tersebut, Dollah telah diangkat jurulatih pasukan untuk menggantikan dirinya sebelum Tengku Muhammad menghubunginya untuk mengetahui perkara sebenar.

Pada akhir sekali, Dooley menyatakan beliau sangat menyukai Malaysia dan Kuantan serta berada di sana selama setahun sebelum pulang ke Filipina biarpun berdepan kesukaran untuk mengendalikan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN