Quantcast

BERITA

Thierry Henry Membayangkan Jawatan Pengurus Di Arsenal Adalah Satu Impian Buat Dirinya

Nama Thierry Henry memang tidak asing lagi buat peminat bola sepak seluruh dunia terutamanya bagi penyokong pasukan Arsenal.

Bekas pemain kelahiran Les Ulis, Perancis itu merupakan salah seorang penyerang prolifik yang pernah dimiliki kelab London tersebut.

Dengan Arsene Wenger yang kini semakin tidak digemari peminat The Gunners, legenda berusia 40 tahun itu tidak menyembunyikan hasratnya untuk kembali ke London bagi menyumbangkan bakti untuk membimbing Arsenal pada satu hari nanti.

Henry mahu dirinya menjadi calon pengurus baru buat kelab tersebut sekiranya Wenger diketepikan dan menegaskan jawatan sebagai pengurus Arsenal adalah ‘tugas impian’ bagi beliau.

Peluang untuk Arsenal merebut kejuaraan hanya tinggal saingan Piala Europa setelah Arsenal tumpas ditangan Manchester City 3-0 dalam perlawanan akhir Piala Carabao pagi tadi.

MILAN, ITALY – FEBRUARY 15: Thierry Henry of Arsenal FC during the UEFA Champions League round of 16 first leg match between AC Milan and Arsenal FC at Stadio Giuseppe Meazza on February 15, 2012 in Milan, Italy. (Photo by Claudio Villa/Getty Images)

Ketika ditanya Sky Sports mengenai peluangnya untuk menjadi pengurus Arsenal, Thierry Henry berkata:

”Ianya sudah pasti menjadi impian buat saya untuk menjadi pengurus Arsenal,” kata Henry kepada wartawan.

”Berminat(terhadap jawatan tersebut)? Ya, siapa yang tidak mahukannya?”

”Tetapi saya tidak boleh memperkatakan mengenainya lagi kerana menghormati pengurus yang kini masih bersama pasukan dan tugasan saya bersama Belgium ketika ini.”

Thierry Henry kini merupakan pembantu kepada ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez. Misi utama mereka sudah pastinya memburu kejuaraan Piala Dunia pada bulan Jun nanti.

Sebagai rekod, Henry telah menjaringkan 175 jaringan daripada 258 perlawanan yang dilaluinya bersama Arsenal dari tahun 1999 hingga 2007.

Beliau juga empat kali berjaya meraih anugerah penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris pada musim 2001/02, 2003/04, 2004/05 dan 2005/06.

 

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!