Penyerang Legenda Arsenal, Thierry Henry telah diumumkan sebagai pemegang saham kelab Itali, Como 1907.
Perkara tersebut diumumkan dalam satu sidang media oleh Ketua Pegawai Operasi kelab Serie B berkenaan Dennis Wise yang juga bekas kapten Chelsea.
Como merupakan kelab yang telah mempamerkan kebangkitan menakjubkan dengan mendaki dari kelab amatur sehinggalah ke divisyen kedua Itali.
Pada awal bulan ini, kelab yang dimiliki oleh syarikat rokok Indonesia, Djarum itu telah berjaya membawa masuk pemain berprofil tinggi Cesc Fabregas, bekas rakan sepasukan Henry di Arsenal lebih sedekad yang lalu.
Thierry Henry was unveiled today as a new Como shareholder 🇮🇹
He acquired a stake of around 1%, according to Di Marzio. Cesc Fabregas signed a 2 year deal earlier this month and also became a shareholder in the club. pic.twitter.com/HgUvSQTzar
— Italian Football TV (@IFTVofficial) August 29, 2022
Pemain Sepanyol berusia 35 tahun tersebut telah tamat kontrak bersama Monaco pada penghujung musim lepas dan beliau juga merupakan salah seorang pemegang saham kelab.
“Ini merupakan bab baharu dalam kehidupan saya,” ujar Henry yang kini merupakan penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan Belgium.
“Saya boleh rasakan aura bola sepak di sini. Orang ramai datang melancong ke bandar ini dari Perancis dan Sepanyol bercakap tentang tasik dan kecantikan pekannya, tetapi saya rasa ini adalah masa terbaik untuk fokus kepada kelab ini.
Thierry Henry is in the stands to watch Como hours after he was announced as a shareholder of the Italian Serie B side.
His former Arsenal teammate Cesc Fábregas joined the club earlier this month as a player/shareholder 🤝 pic.twitter.com/oOKgrY6IVK
— B/R Football (@brfootball) August 29, 2022
Bagaimanapun peranan Henry bersama kelab tersebut masih tidak begitu jelas. Wise dalam sidang media berkenaan memaklumkan pihaknya mengharapkan pengalaman dan idea bekas penyerang Perancis itu untuk perancangan jangka masa panjang.
Como juga baru sahaja mengumumkan ketibaan penyerang Itali, Patrick Cutrone sebahai pembelian terbaharu dari Wolverhampton Wanderers.
Djarum selaku syarikat gergasi dalam industri rokok Indonesia telah mengambil alih Como pada Oktober 2019 menerusi anak syarikatnya SENT Entertainment Ltd dengan hasrat membantu pembangunan bola sepak Indonesia menerusi program Garuda Select.
Como telah resmi diakuisisi oleh Djarum Group!
.
Selain Como, ternyata ada beberapa tim Eropa yang sempat ataupun masih dimiliki oleh orang Indonesia lainnya!
.
.#detikcom #detiksport #Como #Bakrie pic.twitter.com/KDijvvdDpg— detiksport (@detiksport) October 19, 2019
Pada waktu itu, kelab tersebut berada di ambang kebangkrapan dengan fasiliti pasukan juga dibiarkan dalam keadaan usang disebabkan kekangan kewangan.
Hartawan Indonesia Robert Budi Hartono selaku pemilik syarikat telah berjaya menyelesaikan pengambil alihan yang dianggarkan sekitar RP5 bilion (RM1.5 juta) sahaja, harga yang dianggap begitu murah untuk sebuah kelab di Eropah.
Namun nilai itu dianggap berpatutan jika mengambil kira segala faktor seperti kerugian selepas cukai, kesukaran operasi dan liabiliti tertunggak serta hutang-hutang termasuk gaji pemain dan pegawai pasukan.
Kelab tersebut berjaya meraih promosi ke Serie B pada musim yang sama selepas pengambilalihan dan menamatkan saingan di kedudukan ke-13 pada musim lalu.
Como 1907, klub yang dimiliki oleh Grup Djarum lewat SENT Entertainment, resmi promosi ke Serie B.
Mereka sudah 8 kali naik divisi dari Serie C ke Serie B, diantaranya dua kali langsung promosi ke Serie A di musim berikutnya (Juara Serie B 1979/80 dan Juara Serie B 2001/02). pic.twitter.com/VWU2QSrQiF
— PanditFootball.com (@panditfootball) April 25, 2021