Thierry Chantha Bin Pilih Kekal Dengan Terengganu FC Musim Depan

Pemain tengah import Terengganu FC (TFC), Thierry Chantha Bin  akan terus menyarung jersi skuad penyu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh laman facebook rasmi Terengganu FC yang mengumumkan kontrak kapten skuad kebangsaan kemboja itu telah dilanjutkan sehingga tahun depan.

“Kami ingin mengumumkan secara rasmi, pemain pasukan Terengganu FC, Thierry Chantha Bin telah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan TFC untuk terus kekal bagi musim hadapan.

“Thierry tidak menerima tawaran dari beberapa kelab Thailand dan juga Kemboja bagi memastikan beliau kekal bersama TFC untuk musim hadapan,” kata kenyataan itu.

Semalam laporan dari Berita Harian, menyebut beliau telah mendapat 4 tawaran daripada kelab dari Kemboja dan Thailand yang menyatakan minat untuk memancingnya.

“Setakat ni ada tiga kelab dari Kemboja dan sebuah kelab dari Thailand menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat saya musim depan,” katanya.

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut mengesahkan 4 pemain import mereka termasuk Kipre Tchetche, Lee Tuck dan Igor Zonjic akan dikekalkan manakala pemain dari Korea Selatan, Do Dong Hyun dilepaskan.

Chantha kini sedang membuat persiapan menghadapi perlawanan pembuka tirai Piala AFF Suzuki bertemu Malaysia di Phnom Penh pada Khamis ini dan mengakui masih sayangkan pasukan Terengganu FC dan enggan ke pasukan lain.

Mengenai kegagalan skuadnya merangkul trofi Piala Malaysia Oktober lalu bertemu Perak, pemain yang memulakan kariernya bersama kelab RC Strasbourg di Perancis itu mengakui begitu kecewa kerana gagal melakar sejarah bersama skuad TFC.

“Kami ingin mencipta sejarah selain mahu membanggakan penyokong selepas kali terakhir muncul juara pada 2001, tapi apa boleh buat, kejayaan yang hampir dalam genggaman berkecai pada 30 saat terakhir,” katanya yang kali pertama beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN