Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Motta mendakwa bahawa Jose Mourinho adalah seorang pengurus yang tidak suka kedamaian dan lebih gemar untuk mencari musuh dari berkawan.
Pengurus berasal dari Portugal itu dikenali antara salah seorang pengurus terbaik di dunia, bagaimanapun beliau sering terpalit dengan pelbagai isu kontroversi tidak kira dimana kelab yang beliau memegang jawatan tersebut.
Bagi Motta, beliau tidak menafikan bahawa Mourinho adalah salah seorang pengurus terbaik, namun dek kerana sikapnya yang suka mencari musuh membuatkan kredibilitinya itu terjejas.
Hanya mahu menang
Motta berkata, beliau mula mengenali karakter Mourinho sejak bersama Inter Milan beberapa tahun yang lalu.
Pada ketika itu, Motta merupakan anak didik Mourinho di Inter Milan.
Menurutnya, Mourinho mempunyai sikap yang hanya mahu mencapai kemenangan tanpa memikirkan keadaan disekelilingnya.
“Ia (Mourinho) hanya pemenang. Di kepalanya, hanya ada satu tujuan, untuk menang. Berhibur itu tidak menarik baginya,” kata Motta pada Goal.
“Mourinho memiliki dua sisi, satu kebahagian ketika ia menang, satu lagi kesal ketika ia kalah. Suasana hatinya berubah tergantung pada hasilnya.”
“Dengan Inter, kami mendahului liga dengan 11 mata dihadapan, kami kalah dan seri perlawanan seterusnya. Hari Isnin, dia bercakap kepada media selama 15 minit dengan menyerang semua: Galliani, Milan, Roma, pengadil, Juve. Dia perlu segarkan suasana.”
Suka mencari gaduh
Motta menambahkan Mourinho juga gemar mencari permasalahan tanpa menghiraukan apa yang akan terjadi.
Ia menyebut bahawa pengurus Manchester United itu lebih suka mencari musuh daripada hidup dalam ketenangan.
“Morinho tidak suka mencari ketenangan, dia suka mencari musuh.”
“Jika dia tidak berjaya memilikinya (menang), dia akan menciptakannya (pergaduhan).
Kata Motta lagi, “Jika pasukan bermain bagus, tetapi kalah, ia tidak dapat menemukan keputusan yang positif baginya.”
“Tetapi jika menang tetapi bermain dengan buruk, ia sangat gembira.”
Krisis Mourinho di Manchester United
Mourinho telah menghadapi banyak kritikan semasa permulaan kempen 2018-19, beliau gagal membantu pasukan memperolehi keputusan yang posiitif seperti apa yang dimahukan pihak pengurusan.
Lebih parah, Morinho pernah berbalah dengan Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward selepas kedua-dua mereka bercanggah pendapat berhubung polisi perpindahan Manchester United.
Tidak hanya itu, beliau turut bersengketa dengan pemain termahal pasukan, Paul Pogba apabila membuat kejutan dengan melucutkan jawatan sebagai ketua pasukan September lalu.