Quantcast

BERITA

Theo Walcott Sedia Untuk Dipinjamkan Bagi Cerahkan Peluang Terpilih Ke Piala Dunia

Pemain Arsenal, Theo Walcott rela untuk dipinjamkan ke kelab lain bagi mencerahkan peluangnya untuk mendapatkan tempat dalam skuad England bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2018 di Russia nanti.

Pemain yang telah berkhidmat bersama Arsenal sejak Januari 2006 itu mahukan lebih banyak masa permainan sekaligus dapat mencuri perhatian pengurus England, Gareth Southgate untuk menyenaraikan beliau.

Ketika ini dua pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Southampton dan Everton dilihat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap berusia 28 tahun ini.

Theo Walcott

NOTTINGHAM, ENGLAND – JANUARY 07: Zach Clough of Nottingham Forest chases Theo Walcott of Arsenal during The Emirates FA Cup Third Round match between Nottingham Forest and Arsenal at City Ground on January 7, 2018 in Nottingham, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Musim ini Walcott hanya beraksi dalam 15 perlawanan dan 9 daripadanya adalah dalam saingan piala termasuk ketika Arsenal tewas mengejut kepada Nottingham Forest 4-2 dalam saingan Pusingan Ketiga Piala FA tempohari.

Namun bagi pengurus Arsenal, Arsene Wenger keputusan tersebut bukanlah langkah yang dimahukannya kerana beliau inginkan supaya Walcott kekal di Stadium Emirates.

”Saya mahu dia (Theo Walcott) kekal di Arsenal,” kata Wenger pada sidang media sebelum perlawanan pada Jumaat lalu.

”Saya dengar Southampton menyatakan minat mereka terhadap Walcott tetapi saya mahu dia kekal.”

Theo Walcott

SOUTHAMPTON, UNITED KINGDOM – OCTOBER 29: Theo Walcott of Southampton holds off Andy Wilkinson of Stoke City during the Coca-Cola Championship match between Southampton and Stoke City at St Mary’s Stadium on October 29, 2005 in Southampton, England. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Dalam perkembangan tersebut, pengurus Southampton, Mauricio Pellegrino mengakui mengenai minatnya terhadap Walcott.

”Saya telah bercakap mengenainya,” kata Pellegrino. ”

”Dia merupakan seorang pemain yang baik tetapi saya tidak tahu tentang rundingan tersebut. Dengan keadaan pasaran pemain ketika ini, saya membayangkan bahawa pemain jenis ini akan mempunyai pelbagai kemungkinan. Bagi kami ianya tidak mudah untuk mendapatkannya.”

”Mudah-mudahan kami dapat membawa seseorang yang dapat membantu pasukan menjadi lebih kuat. Ini adalah sasaran kami sekarang. Kami tahu pasaran kini sangat sukar tetapi kami sedang berusaha untuk melakukannya.”

Southampton bukanlah asing bagi The Walcott kerana perkembangan karier bola sepak beliau bermula disana sebelum menyertai Arsenal pada tahun 2006 ketika berusia 17 tahun.