‘The Xavi Effect’ – 4 Perubahan Dilakukan Xavi Yang Mengubah Wajah Barcelona

13 perlawanan tanpa kalah di dalam saingan La Liga menyebabkan nama pengendali Barcelona Xavi Hernandez kini tidak lekang meniti di bibir setiap peminat Barcelona.

Peningkatan prestasi Barcelona sejak jurulatih berusia 42 tahun itu pulang ke Nou Camp pada November lalu dianggap drastik.

Bagaimana beliau melakukannya juga dianggap sama seperti aksi geniusnya memporak-perandakan bahagian tengah lawan ketika masih aktif bergelar pemain.

Ayuh kita lihat satu persatu perubahan yang dilakukan Xavi sehingga mampu mengubah wajah Barcelona di dalam sekelip mata.

1. Daripada Tiki taka kepada Xavi-ball

Pada era masih bergelar pemain, gabungan Xavi dan Andres Iniesta di jentera tengah Barcelona dianggap sebagai gandingan tengah terbaik dunia.

Kedua-dua pemain adalah tunjang utama Barcelona memperagakan gaya pemainan dikenali sebagai tiki taka yang memukau dunia bola sepak.

Anda sedikit naif sekiranya berperndapat Barcelona pada hari ini turut kembali menerapkan corak permainan sama kerana bola sepak adalah sukan yang sentiasa mengalami revolusi- tetapi hakikatnya maestro tengah ini berusaha menerapkan sesuatu yang menjadi kepakarannya.

Dikenali sebagai master of passing dengan visi dan kebolehan teknikal luar biasa, Xavi kini seolah-olah cuba menjadikan semua pemain Barcelona seperti klon dirinya suatu ketika dahulu.

Disebabkan itulah Barcelona pada hari ini dikatakan menampilkan corak permainan Xavi Ball.

2. Kembalikan kegemilangan La Masia

Di dalam dunia bola sepak ada beberapa kelab pasukan yang terkenal dengan akademi mereka yang cukup hebat dalam melahirkan pemain-pemain berkualiti. Akademi La Masia milik Barcelona adalah salah satu daripadanya.

Jika skuad generasi emas Barcelona pimpinan Pep Guardiola pernah mengandalkan produk-produk La Masia untuk meraih kejayaan, formula sama kini dikembalikan oleh Xavi.

Ronald Araujo, Gavi, Pedri, dan Ansu Fati adalah contoh pemain-pemain yang dihasilkan La Masia untuk menjadi tunjang utama gergasi Catalan itu di bawah kendalian Xavi mendominasi bola sepak Sepanyol dan eropah untuk tahun-tahun mendatang.

Rekrut-rekrut seperti Pierre-Emerick Aubameyang dan Adama Traore adalah antara pemain yang dibawa masuk untuk memberi impak segera membantu pemain muda yang ada di dalam pasukan.

3. Keluarga Blaugrana

Barcelona mulai menunjukkan tanda-tanda perubahan yang jelas bukan sahaja melalui aksi di dalam padang, tetapi juga perkara lain di luar padang.

Kemenangan ke atas Real Madrid dalam pertemuan El Clasico baru-baru ini adalah kenyataan serius dari kelab Catalan

Ia bukti mereka telah beralih dari kemelut lama dan bersedia untuk mencabar apa pun kejuaraan di bawah kendalian Xavi.

Semua itu dapat dihasilkan hasil keharmonian dan semangat keluarga Blaugrana yang kembali wujud di bilik persalinan kelab. Ada tanda-tanda menggembirakan di sekitar Nou Camp akhirnya.

4. ‘The Xavi effect’

Presiden Barcelona, Joan Laporta, tanpa ragu telah berkata: “Xavi telah mengubah mentali keseluruhan pasukan”.

Dan kenyataan itu datang dengan keyakinan masa depan cerah pasukan itu akhirnya akan tiba di bawah kendalian Xavi.

“Saya yakin Xavi akan memberi kami berita baik untuk bertahun-tahun,” tambah Laporta lagi.

Ketiga Xavi tiba di Nou Camp, Barcelona berada di kedudukan pertengahan liga tanpa masa depan. Tetapi kini Barcelona sudah kembali bersaing untuk menempatkan diri ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan.

Ketika bergelar pemain, Xavi adalah pemain yang tenang. Namun ketika pemainnya gagal mengikuti arahan, anda juga boleh melihat sisi berbeza Xavi di kawasan teknikal.

Antara kemenangan penting Barcelona di bawah kendalian Xavi pada musim ini ialah apabila berjaya menewaskan Atletico Madrid dan Real Madrid.

Ini menjadikan Nou Camp kembali sesak dan kehadiran kembali penuh tatkala keyakinan penyokong juga semakin pulih.

Bukan sahaja Xavi telah mengubah mentaliti pasukannya, beliau kini juga berjaya mengubah mentaliti dan keyakinan penyokong terhadap kelab itu yang telah pudar sejak beberapa tahun lalu.

Kesimpulan

Apa yang telah dilakukan oleh Xavi telah berjaya memberi nafas baharu kepada Barcelona. Bagi peminat bola sepak – sama ada penyokong Barca atau neutral – apa yang Xavi lakukan pasti turut mengujakan kita semua.

Xavi sememangnya adalah legenda di Nou Camp kerana impak yang dihadirkan ketika masih bergelar pemain. Untuk menjadi legenda sebagai pemain dan pengurus di kelab yang sama pula adalah satu pencapaian luar biasa yang amat jarang berlaku.

Ianya mungkin masih begitu awal, namun Xavi berada di landasan yang tepat untuk mencipta sejarah di dalam bola sepak, dan masa akan menentukannya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN