Sebuah media sukan Vietnam, The Thao 24/7 sebentar tadi telah mengesahkan yang bintang sensasi mereka, Nguyen Quang Hai sedang cuba dilamar oleh kelab dari Bundesliga yang beraksi di UEFA Champions League.
Dalam artikel sebelum ini, Semuanya BOLA telah persoalkan kenapa tiada pasukan di Liga Malaysia cuba memikat ‘playmaker’ Golden Dragon itu dan menjelaskan mengapa pemain-pemain Vietnam sukar untuk berhijrah dari V-League. Antaranya seperti kekangan menguasai bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris.
Kontrak Berbaki Setahun & Gaji Tidak Mewah, Kenapa Tiada Kelab Liga M Lamar Nguyen Quang Hai?
Dengan pengesahan tersebut, jika ada pasukan dari Malaysia yang cuba melamarnya sekalipun, ia dijangka amat sukar dengan keadaan liga domestik kita yang tidak ‘stabil’ dengan pelbagai masalah antaranya masalah penswastaan dan tunggakan gaji. Ditambah dengan kekangan lain, jelas Malaysia bukan destinasi sesuai.
Memetik laporan The Thao 24/7, “Mengikut pengesahan yang kami perolehi, maklumat di atas [perpindahan Quang Hai] adalah benar dan dipercayai kelab yang telah menghubungi Quang Hai adalah dari Bundesliga.”
“Terbaru, prestasi Quang Hai telah menarik minat kelab dari Eropah yang beraksi di UEFA Champions League. Secara tepatnya, kelab tersebut bersedia untuk mengikut kemahuan pemain yang lahir pada 1997 itu bagi membolehkannya keluar dari V-League,” tambah kenyataan daripada media sukan tersebut dalam artikel itu.
Roshan speaking on how more Vietnamese players should test themselves overseas (J. League) like Thai players. Says Nguyen Quang Hai is J. League ready. pic.twitter.com/NuIFlxcVEe
— J. Football Now (@j_football_now) December 26, 2021
Mereka melabelkan perkhabaran itu sebagai diluar jangkaan dan tentunya mengharapkan pemain tersebut berkelana ke luar negara. Ia berikutan saranan daripada beberapa pakar bola sepak Asia mengenai pemain Vietnam yang perlu beraksi di luar Vietnam jika mahu meningkatkan kualiti kepada skuad kebangsaan mereka.
Antara yang menyarankan Quang Hai untuk bermain di luar negara adalah Matthew Mohan daripada Channel News Asia dan Rhysh Roshan Rai serta Gabriel Tan daripada ESPN Asia. Mereka merasakan Vietnam hanya kekurangan kualiti dari segi itu sahaja jika hendak dibandingkan dengan beberapa pemain dari Thailand.
Dengan kontraknya bersama Hanoi FC dijangka akan berakhir pada penghujung tahun 2022, beliau dijangka akan duduk berbincang bersama pihak pengurusan pasukan sebaik sahaja pulang daripada saingan Piala AFF.
AFF have done a great job bringing the Suzuki Cup to a world wide audience on Youtube with excellent English commentary. This is how to get the players known.@RhyshRai @Dez63 @affsuzukicup
— Steve Darby (@darbystevecoach) December 29, 2021
Selain Quang Hai, rakan sepasukannya, pemain tengah, Nguyen Hoang Duc pula dikatakan sedang dilamar dua buah kelab besar dari Thai League yang sanggup menyediakannya rumah, kereta dan jurubahasa sekiranya beliau bersedia berhijrah ke Thailand. Kedua-duanya masih muda dan memiliki laluan karier yang panjang.
Sebagaimana ciapan bekas pengendali Johor dan Kelantan di Liga Malaysia, Steve Darby, beliau gembira dengan tindakan badan penganjur Piala AFF yang menyiarkan kejohanan tersebut di YouTube dengan ulasan dalam Bahasa Inggeris yang baik kerana ia mampu memperkenalkan pemain-pemain Asean ke luar negara.
Adakah ini punca Quang Hai mendapat perhatian kelab dari Belanda? Segalanya mungkin dalam era moden kini.