‘The Hong Kong Way’ – Manuskrip Ini Jelaskan Peranan Besar ‘Wingback’ dan ‘DM’ Dalam Sistem Kim Pan-gon

Kim Pan-gon sistem permainan The Hong Kong Way 2016

Ketika bersama Hong Kong, Kim Pan-gon cuba membentuk gaya permainan bermula sejak akar umbi dengan pendekatan ‘The Hong Kong Way’ di mana sistem 4-3-3 atau 4-2-3-1 ditekankan sebagai formasi pasukan.

Sistemnya memang seakan-akan mereka bermain dengan sistem fullback, namun, berdasarkan penjelasannya dalam satu manuskrip dipercayai ketika membimbing Hong Kong pada 2016 menyaksikan yang fullback akan bertindak seperti wingback, sementara beliau akan meletakkan seorang defensive midfilder di jentera tengah.

Defensive midfielder ini akan turun ke posisi antara dua pertahanan tengah jika pasukan dalam fasa bertahan, menyerang atau bek kiri dan kanan sedang bergerak di middle third dan attacking third. Ini yang menampakkan pasukannya seperti bermain dengan sistem bek bertiga sedangkan itu bukanlah formasi yang diterapkannya.

sistem Kim Pan-gon Hong Kong 2016
FOTO: Prezi.com (Kim Pan-gon)

Apa yang dijelaskannya dalam manuskrip itu? Banyak perkara ada dalam dokumen itu tentang Hong Kong.

Formasi yang tampak fleksibel atau berubah-ubah

Sistem formasi yang fleksibel diterapkannya bersandarkan formasi asas 4-3-3. Dalam perlawanan, ia akan berubah mengikut situasi. Adakalanya ia seperti 5-2-3 atau 3-4-3. Seperti yang dikatakan awal tadi, dengan sistem empat pertahanan, ia seperti mereka bermain dengan sistem fullback, namun peranannya berbeza.

Kim Pan-gon gemar memulakan sesuatu dari bawah dan ia melibatkan hantaran-hantaran pendek dan pantas. Beliau mementingkan pemain yang boleh bergerak pantas dan bermain permainan mudah – ‘give and go’.

Fullback diarah untuk naik membantu jentera serangan untuk memberi lebih kelebaran (width) di jentera atas selain menyediakan hantaran-hantaan lintang. Jadi bek kiri dan kanan mestilah seorang pemain yang boleh melakukan hantaran lintang. Berdasarkan senarai pemain, pemain seperti Quentin Cheng ada kelebihannya.

sistem Kim Pan-gon Hong Kong 2016 2
FOTO: Prezi.com (Kim Pan-gon)

Dalam sistemnya, beliau menggunakan penyerang tunggal dibantu oleh dua pemain serangan di kiri dan kanan yang akan masuk ke tengah ketika menyerang. Yang menyediakan hantaran lintang adalah wingback pasukan.

Jelas di dalam sistemnya, peranan yang dimainkan oleh wingback dan defensive midfielder amatlah besar.

Memadatkan kawasan tengah, tekan zon 14

Salah satu gaya sistem permainannya adalah memadatkan kawasan tengah dan tekan zon 14. Pemain tengah – kecuali defensive midfielder, termasuk penyerang dan dua penyerang sayap diarah untuk menekan zon 14.

Saat itu, wingback akan naik untuk mengekalkan width pasukan. Apabila semua pemain lawan ditarik ke zon 14, wingback yang telah naik mungkin boleh mengeksploitasi ruang yang ada di depannya untuk menyerang. Sekali lagi, wingback di dalam sistemnya memainkan peranan besar dalam mengukuhkan gerak kerja serangannya.

sistem Kim Pan-gon Hong Kong 2016 3
FOTO: Prezi.com (Kim Pan-gon)

Zon 14 juga boleh dimanfaatkan pemain nombor 8 atau 10, jika lawan gagal untuk mengekangnya lebih awal.

Pemain nombor 6 atau defensive midfielder kekal bersama dua bek tengah sebagai pelindung pertama benteng.

Pemain ini mestilah yang sudah biasa main dalam sistem bek bertiga agar kombinasi itu tidak mudah terpecah.

Ketika bertahan, mereka membentuk lima pertahanan dan ketika menyerang, dua wingback akan lebih ke atas.

Penutup

Banyak lagi perkara yang dapat dilihat dalam dokumen tersebut yang dipercayai daripada Kim Pan-gon sendiri. Berdasarkan sedikit dapatan daripada sistem yang diterapkan Kim Pan-gon di Hong Kong, mungkin sistemnya tidak akan jauh berbeza dengan apa yang bakal dipraktikkan oleh Harimau Malaya di bawah kendaliannya.

Sedikit perubahan mungkin akan dibuatnya bagi menyesuaikannya dengan kemampuan para pemain Malaysia. Dokumen ini membantu kita mendapat sedikit ‘insights’ bagaimana sistem permainan yang akan diterapkannya.

‘The Hong Kong Way’ mungkin menjadi teras ‘The Harimau Malaya Way’ yang akan digunakan Kim Pan-gon.

Anda boleh melihat sendiri manuskrip tersebut di SINI untuk bacaan lebih lanjut tentang sistem Kim Pan-gon. Selain itu, ini pula Kurikulum Pendidikan Bola Sepak Kebangsaan Hong Kong yang turut melibatkannya.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Leave a Reply