The FA Batalkan Kad Merah Son Heung-Min

Layangan kad merah terhadap pemain Tottenhan Hotspur, Son Heung-Min ke atas Andre Gomes telah ditarik balik oleh pihak The Football Association (The FA).

Terjahan pemain antarabangsa Korea Selatan itu menyebabkan kecederaan serius terhadap buku lali Gomes.

Pengadil perlawanan, Martin Atkinson pada mulanya sekadar melayangkan kad kuning kepada Son, sebelum menukarnya kepada layangan kad merah.

Walaupun Son menerima arahan keluar padang kerana kesalahan melakukan terjahan keras, Jawatankuasa Pertandingan membatalkan humuman tersebut dan menganggap ia adalah satu kesilapan.

“Son sangat sedih selepas insiden itu,” ujar pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino.

“Perlawanan itu bercelaru; ia termasuk kecederaan tersebut, kemudian kekeliruan akan kad merah, situasi keseluruhan perlawanan – ia adalah perlawanan yang amat beremosi untuk semua pihak.

“Selepas beberapa hari kini semua sedia kembali untuk beraksi. Beliau [Son] juga sama. Beliau berasa bersalah sama seperti yang lain, tetapi kini berada di prestasi terbaik.”

Ulang tayang insiden terjahan Son menunjukkan Gomes mengalami kecederaan selepas diterjah oleh pemain Tottenham itu, dan sebelum beliau bertembung dengan Serge Aurier.

Gomes sudah dikeluarkan dari hospital selepas menjalani pembedahan yang dianggap berjaya.

Mengulas keputusan menarik balik kad merah tersebut, pihak Premier League pula berkata: “Kad merah yang dilayangkan kepada Son adalah kerana membahayakan pemain lawan, dimana ia tepat kerana perbuatannya pada ketika itu.”

Mengulas lanjut, Pochettino berkata beliau yakin Son tidak pernah berniat mencederakan Gomes atau mana-mana pemain dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN