Thanabalan Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia Kerana Membantu Cari Keretanya

Penyerang skuad Malaysia Bawah 23 Tahun, N. Thanabalan akhirnya menarik nafas lega apabila kereta jenis Iswara miliknya sudah berjaya ditemui oleh orang awam.

Bersyukur apabila mendapat keretanya semula, Thanabalan melahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sama-sama membantu memudahkan pencarian kereta berkenaan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana membantu saya mendapatkan kereta saya.

“Terima kasih Malaysia… tanpa bantuan anda semua ini, saya tidak akan menemui kereta saya … ia ditemui pagi ini (pagi semalam) di Petronas Taman Melawati,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Thanabalan turut menjelaskan kereta itu sangat istimewa kepadanya walapun ia hanya kereta terpakai.

“Saya sering gunakan kereta ini untuk ke tempat menjalani latihan bersama pasukan Negeri Sembilan.

“Ia amat berjasa kepada saya dan keluarga, malah mempunyai nilai sentimental yang sukar dicari ganti,” katanya.

Beberapa hari lalu, Thanabalan memohon bantuan orang ramai untuk mencari keretanya yang dilaporkan hilang ketika menghadiri sambutan Thaipusam.

Menurut laman facebook miliknya, difahamkan kereta jenis Proton Iswara itu dengan nombor pendaftaran TQ 5198 didapati hilang pada pukul 5 pagi berdekatan dengan Batu Caves.

Thanabalan yang menaiki kereta itu bersama keluarganya dari Senawang, kemudian membuat laporan polis di IPD Gombak.

Kejadian kecurian kereta pemain bola sepak tempatan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Selain Thanabalan, pemain tengah pasukan Kedah, Ariff Farhan turut memuat naik satu kenyataan di laman media sosial Facebook peribadi beliau untuk memaklumkan kenderaan kesayangannya telah hilang, dipercayai dicuri.

Pemain yang berusia 21 tahun itu menggunakan kenderaan jenis Honda Civic Type R, berwarna putih, dengan nombor pendaftaran WA 5494 N dilaporkan hilang dari kawasan parkir di sekitar Perkarangan Astaka Utama, Stadium Darul Aman.

Perkara tersebut hanya disedari setelah beliau selesai menjalani sesi latihan bersama skuad Kedah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kereta Ariff Farhan, sila laporkan kepada balai polis yang berdekatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN