Thanabalan Kembali Memperkuatkan Pasukan Negeri Sembilan

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan penyerang skuad bawah 22 tahun negara, N Thanabalan akan kembali beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan musim depan.

Kontrak pinjamannya bersama Felcra FC akan berakhir hujung bulan ini dan dia akan kembali ke Seremban kerana mempunyai baki setahun lagi kontrak bersama Negeri Sembilan.

Thanabalan juga berazam untuk membawa pasukan kelahirannya, Negeri Sembilan kembali ke saingan Liga Super pada musim depan.

N.Thanabalan
Detik Thanabalan menghasilkan jaringan kemenangan yang membawa skuad negara ke perlawanan akhir Sukan SEA 2017.

“Satu impian saya apabila beraksi untuk Negeri Sembilan musim depan adalah untuk berjuang sehingga berjaya membawa pasukan itu naik ke Liga Super pada musim berikutnya,” katanya kepada berita harian.

Untuk rekod, Negeri Sembilan menamatkan kempen Liga Perdana musim ini di tangga kelima dan keputusan itu menyaksikan pasukan berkenaan kekal beraksi di liga sama pada musim depan.

Selain itu, Thanabalan berpendapat peraturan kuota lima pemain import pada musim depan akan memberi cabaran getir buat semua pemain tempatan untuk merebut tempat dalam pasukan masing-masing.

“Memang susah nak rebut tempat terutama di bahagian serangan kerana kita tahu banyak pasukan akan mengambil pemain import di bahagian berkenaan.

“Namun dari sudut positifnya, inilah masa buat semua pemain tempatan mengutip seberapa banyak pengalaman daripada pemain import untuk memperbaiki kemahiran dan cara permainan,” katanya.

Lembaga Pengarah Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) sebelum ini meluluskan kuota lima pemain asing dalam saingan Liga Super 2018 iaitu tiga daripadanya dari seluruh dunia, seorang dari Asia dan seorang lagi pemain negara ASEAN.

Untuk saingan Liga Perdana pula, kuota pemain asing kekal tiga pemain dari seluruh dunia dan seorang pemain Asia, menjadikan keseluruhan empat pemain asing sahaja setiap pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN