‘Thana-Inzaghi’ Ceriakan Penyokong Malaysia!

Jika dilihat kepada posisi memang beliau bermain di wing ataupn sayap. Namun istilah Thana-Inzaghi mulai meniti bibir peminat kerana kemampuan beliau melakukan kerja ‘poaching’ di dalam gol.

Poaching adalah satu istilah merujuk kepada kemampuan berada di posisi yang betul di dalam kotak penalti.

2 gol Thanabalan, ataupun lebih tepat 3 gol setakat ini di dalam Sukan SEA, beliau menjaringkan gol kerana ‘positioning’ di dalam kotak penalti.

Ketika memegang bola (on ball), Thanabalan bukanlah pemain yang boleh melepasi pertahanan lawan dengan skil (take ons). Namun beliau sangat baik dalam ‘positioning’ di dalam kotak penalti.

Jika pemain lain dikaitkan dengan gelaran Messi dan Neymar, peminat Malaysia lebih menganggap Thanabalan sebagai tipikal Inzaghi ataupun legenda Khalid Jamlus.

Kualiti poacher yang ada pada Thanbalan membuatkan peminat teringat kepada beberapa tipikal poacher yang bermasalah untuk melakukan gelecekan tetapi efektif di dalam kotak penalti.

Jadi, gelaran Thana-Inzaghi bukanlah menyamakan pemain itu dengan legenda Itali tersebut. Ia lebih kepada Thana-Poacher.

Ini kerana baka poacher sangat sinonim dengan Inzaghi. Pelbagai nama poacher keluar ketika meraikan 2 gol Thanabalan malam ini.

Semoga Thanabalan lebih bersemangat menjaringkan gol selepas ini. Thana-Inzaghi!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN