Skuad Thailand Tidak Lepas! Berakhirnya Cabaran Wakil Asia Tenggara Untuk Ke Russia 2018

Skuad Thailand diletakkan sebagai harapan terakhir pasukan dari Asia Tenggara untuk layak ke Piala Dunia 2018. Kini harapan itu sudah berkecai.

Gajah Putih ditumbangkan oleh pasukan Samurai Biru dengan 4 gol tanpa balas.

Ini sekaligus memberikan tekanan kepada Kiatisuk Senamuang. Sudah ada bunyi daripada ramai penyokong Thailand yang mahukan beliau melepaskan jawatan ataupun dipecat.

Kempen Thailand dalam pusingan kelayakan terakhir kali ini agak mendukacitakan.

Cabaran berakhir

Skuad Thailand cemerlang untuk mara ke pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018 untuk zon Asia melibatkan 12 pasukan terakhir.

2 pasukan teratas dari setiap kumpulan (A dan B) akan mara ke Russia 2018. Manakala 2 pasukan di tempat ke-3 dari kedua-dua kumpulan akan bertarung dalam play-off zon Asia.

Pemenang play-off zon Asia tersebut akan beraksi dalam play-off terakhir menentang pasukan dari zon CONCACAF!

Kini, slot-slot tersebut sudah tidak lagi berada dalam jangkauan pasukan Thailand.

Kualiti

Thailand jelas sekali pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara. Namun jelas kualiti pasukan di rantau ini masih jauh di belakang kuasa Asia yang lain.

Kiatisuk sebelum ini mahu anak-anak buah beliau menjadikan Singapura sebagai inspirasi.

Ini kerana sebelum ini pasukan Singapura pernah mengkikat pasukan Jepun. Namun ia masih tidak cukup.

Ini adalah kali kedua pasukan Thailand sampai ke peringkat terakhir kelayakan untuk zon Asia selepas 2002.

Tiada jalan lain

Selepas 7 perlawanan, Thailand hanya mampu mengutip 1 seri dan 6 kekalahan. Jika menang baki 3 perlawanan Kumpulan B sekalipun, Thailand tetap tidak akan layak.

Ini kerana ramalan 10 mata maksimum untuk Thailand tidak mampu memintas Australia dan Arab Saudi. Kedua-dua pasukan itu berkongsi 13 mata pada ketika ini. Cuma dibezakan dengan defisit gol.

Menunggu 2022

Ini bermakna pasukan-pasukan Asia Tenggara akan menanti peluang untuk Piala Dunia 2022.

Ada kemungkinan kuota Asia berubah berikutan Qatar menjadi hos edisi tersebut. Piala Dunia 2022 adalah yang terakhir dengan format 32 pasukan.

Ini kerana selepas itu, pada 2026, Piala Dunia akan menggunakan format 48 pasukan.

Apapun, Tahniah Thailand kerana mara sejauh ini. Anda telah melakuka yang terbaik dalam pusingan kelayakan sebelum ini.

Baca juga: Rangkuman Kelayakan WC2018: Jepun 4 Thailand 0

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN