Thailand kini mengisytiharkan negara tersebut sebagai bersedia untuk membida hak tuan rumah Piala Dunia 2034 bersama-sama negara ASEAN yang lain.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Perlancongan dan Sukan Thailand, Pipat Ratchakitprakan, seperti yang dilaporkan oleh Channel News Asia.
Selepas menghadiri satu mesyuarat berkaitan penganjuran kejohanan dunia itu baru-baru ini, menteri tersebut mengesahkan Thailand kini bersedia untuk menyertai negara-negara ASEAN yang lain untuk menjadi tuan rumah bersama, dan ia selari dengan polisi Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha.
Thailand prepares for joint bid with ASEAN to host FIFA World Cup https://t.co/aWdqjUxJ0g pic.twitter.com/AKian3Rls4
— CNA (@ChannelNewsAsia) October 3, 2019
Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Setiausaha Tetap dari Kementerian Pelancongan dan Sukan juga telah dibentuk untuk tujuan tersebut.
Negara-negara ASEAN terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei dan juga Malaysia.
Gabernor Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT), Kongsak Yodmanee bagaimanapun mengesahkan tiada padang bola sepak yang menepati piawaian FIFA untuk kejohanan Piala Dunia di negara tersebut buat masa ini.
3位決定戦
1月25日19:30KO
@ Rajamangala National Stadium決勝
1月26日19:30KO
@ Rajamangala National Stadium#u23 pic.twitter.com/svqw7qPqjD— もん (@football_80D) September 27, 2019
Namun Thailand dilaporkan bersedia untuk menaiktaraf kemudahan sedia ada, dan membina sebuah lagi stadium di Chonburi untuk Thailand membida Sukan Remaja Olimpik 2026 terlebih dahulu.
Thailand turut memiliki beberapa stadium yang mempunyai kapasiti bersesuaian untuk kejohanan tersebut. Antaranya adalah Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Stadium Ulangtahun ke-700 di Chiangmai, dan juga Kompleks Sukan Nakhon Ratchasima.