Thailand Mahu Jadi Pasukan Pertama Uji Skuad Harimau Malaya Kendalian Kim Pan-gon

Thailand berkemungkinan bear menjadi pasukan pertama yang bakal menguji skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon.

Perancangan tersebut didedahkan oleh pengurus skuad kebangsaan Gajah Perang, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madam Pang kepada media di Thailand semalam.

Perlawanan persahabatan tersebut merupakan antara perancangan Thailand untuk memanfaatkan kalendar antarabangsa FIFA pada Mac akan datang.

Menurut Madam Phang, kata putus mengenai lawan yang akan dihadapi Thailand bagaimana pun akan diputuskan selepas perbincangan lanjut bersama ketua jurulatih, Mano Polking dan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Sebuah lagi pasukan yang turut diintai Thailand untuk perlawanan persahabatan pada Mac akan datang adalah Kyrgyzstan. Menurut Madam Phang Malaysia dan Kyrgyzstan telah menunjukkan minat awal untuk perlawanan tersebut diadakan.

“Kami di sini sentiasa berbincang bagaimana untuk menyiapkan skuad kebangsaan bersama persatuan (FAT), kerana memahami persiapan secara berterusan amat penting untuk pasukan negara sentiasa bersedia untuk menghadapi kelayakan Piala Asia 2023. Sasaran utama sudah tentu untuk melayakkan diri ke pusingan akhir,” ujar beliau seperti yang dipetik daripada Siam Sports.

“Pada peringkat ini khabar baiknya Kyrgyzstan dan Malaysia telah menunjukkan minat untuk perlawanan persahabatan menentang Thailand pada kalendar FIFA pada Mac nanti.

(Photo by Mohd RASFAN / AFP) (Photo by MOHD RASFAN/AFP via Getty Images)

“Tetapi saya masih perlu berbincang bersama Mano Polking berkenaan banyak perkara, termasuk keadaan di dua negara termasuk keadaan pandemik dan peraturan untuk masuk ke negara di dalam situasi semasa.”

Di sebalik semua halangan yang mungkin akan dihadapi, Madam Pang bagaimana pun memberi jaminan pasukan kebangsaan Thailand akan dipersiapkan sebaik mungkin sebelum pertandingan sebenar bermula.

Jika perancangan Madam Pang itu direalisasikan maka skuad kebangsaan Thailand berkemungkinan besar menjadi pasukan pertama yang akan menguji skuad negara kendalian Kim Pan-gon pada Mac nanti.

Menurut ranking FIFA yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia berada di kedudukan ke-154 dunia. Kyrgyzstan pula berada di tangga ke-96. Thailand pula berada di kedudukan ke-112 dunia selepas muncul juara Piala AFF 2020.

Kalendar FIFA pada bulan Mac nanti adalah di antara 21 sehingga 29 Mac akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN