Thailand Bakal Uji Ketajaman Penyerang Napoli Khvicha Kvaratskhelia

Thailand

Jaguh bola sepak Asia Tenggara, Thailand berpeluang menguji ketajaman penyerang Napoli iaitu Khvicha Kvaratskhelia dalam aksi persahabatan kelak.

Hal ini kerana, juara Piala AFF 2022 ini telah mengesahkan mereka bakal berdepan dua negara Eropah sebagai persiapan Gajah Perang untuk Piala Asia 2023 kelak.

Menurut ASEAN Football, Thailand akan berdepan dengan Georgia dan Estonia sewaktu tempoh bola sepak antarabangsa yang dijadualkan pada Oktober.

Skuad Mano Polking bakal terbang ke Eropah pada tempoh tersebut dengan aksi pertama diadakan di Georgia dan perlawanan seterusnya dekat Estonia.

Thailand akan berdepan Georgia di Tbilisi pada 12 Oktober sementara Estonia dijadualkan ketika 17 Oktober dekat Tallinn.

Dua ujian Thailand ini dilihat satu pendedahan yang cukup baik kerana Georgia ketika ini menduduki tangga ke-78 dunia sementara Estonia pula berada di kedudukan ke-109.

Peluang untuk berdepan pemain hebat seperti Kvaratskhelia adalah satu ujian yang baik untuk pertahanan Thailand sebagai percubaan sebelum menghadapi penyerang-penyerang hebat Asia di Qatar pada awal tahun hadapan.

Untuk rekod, Kvaratskhelia telah menjaringkan 11 gol dalam 23 penampilan dalam Serie A serta UEFA Champions League. Selain itu, beliau juga telah merakamkan 14 bantuan gol untuk kelab Itali tersebut.

Penyerang yang kini bernilai 60 juta (RM280 juta) itu pastinya akan menjadi tumpuan Thailand dan penyokong Gajah Perang pastinya berharap bintang-bintang mereka dapat berdepan dengan Kvaratskhelia yang mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan lima liga terbaik Eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN