Thailand Bakal Berentap Dengan Uruguay Di Final Piala China

Skuad Gajah putih berpeluang menguji kemampuan berdepan pemain bertaraf dunia apabila dijadualkan menentang Uruguay di perlawanan akhir Piala China pada hari Isnin ini.

Thailand mencipta kejutan mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan tuan rumah, 1-0  hasil jaringan daripada pemain Consadole Sapporo, Chanathip Songkrasin pada minit ke 33.

Susulan kekalahan itu, penyokong pasukan China yang memenuhi stadium tersebut melaungkan kata-kata supaya pasukan itu dibubarkan saja selepas kegagalan di Piala Asia bulan lalu.

Manakala Uruguay yang dibimbing oleh Oscar Tabarez tiada masalah untuk menewaskan Uzbekistan 3-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Mereka jelas berada di kelas yang berbeza apabila Cristhian Stuani meledak dua gol selepas Gaston Pereiro meletakkan Uruguay di depan seawal lima minit perlawanan.

Pereiro memecah kebuntuan babak pertama menerusi rembatan kaki kiri untuk melepasi jangkauan penjaga gol Uzbekistan, Sanjar Kuvvatov sekali gus membantu Uruguay selangkah mengulangi pencapaian 2018 apabila muncul juara piala berkenaan.

Stuani kemudian menambah gol kedua 18 minit kemudian menewaskan Kuvvatov selepas menyudahkan umpanan Egor Krimets. Stuani memastikan gol ketiga lapan minit sebelum tamat dengan rembatan kencang selepas menerima hantatan lintang Jonathan Rodriguez dari luar petak penalti.

Manakala Uzbekistan akan membuat penghitungan dengan China yang dibimbing Fabio Cannavaro untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada hari Selasa ini.

Mengulas mengenai kekalahan kepada Thailand itu, Fabio Cannavaro mengakui China perlukan masa lebih lama untuk membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang benar-benar disegani di rantau ini.

FOTO: FA China

“Tiada ilmu silap mata yang boleh membantu China berjaya dalam masa lima hari, saya tidak boleh melakukan magik berkenaan,” kata Cannavaro yang juga pengendali kelab Guangzhou Evergrande di Liga Super.

“China ketika ini memang memiliki banyak wang untuk membentuk pasukan tetapi ia tidak boleh memberikan kejayaan dalam satu malam. Kamu perlu bentuk satu sistem memajukan bola sepak untuk jangka masa panjang,” kata Cannavaro.

“China tidak boleh berkembang dengan menumpukan kepada taktik menjaringan gol sahaja, saya mengesan masalah itu ketika Piala Asia dan ia mengesahkan apa yang saya lihat sebelum ini.” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN