Dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2016, ketua jurulatih Thailand, Milovan Rajevac telah menyenaraikan 50 pemain sebagai persediaan awal.
Piala AFF Suzuki 2018 yang berlangsung pada November depan akan tampil dengan format baharu dan ia dikatakan lebih adil dan kompetitif dengan setiap pasukan berpeluang menjadi tuan rumah.
Rujuk artikel ‘Piala AFF Suzuki 2018 Tampil Dengan Format Baharu Yang Lebih Adil Dan Kompetitif‘ untuk penjelasan lanjut.
Persatuan Bola Sepak Thailand (FA Thailand) telah menghantar senarai 50 pemain kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk pendaftaran awal sebelum dikurangkan kepada 23 pemain.
“Saya tahu pemain-pemain mahu berehat dan bercuti apabila berakhirnya musim nanti.
🔢 The AFF Suzuki Cup tally as things stand…
🇹🇭 🥇🥇🥇🥇🥇
🇸🇬 🥇🥇🥇🥇
🇲🇾 🥇
🇻🇳 🥇Will any of these countries add to their collection or will there be a newcomer on the list by the end of the #AFFSuzukiCup18❓ pic.twitter.com/kVr82HFBRI
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) September 24, 2018
“Tetapi saya memanggil 50 pemain ini kerana saya mahu mereka tahu, mereka berpeluang untuk tersenarai ke kejohanan AFF,” ujar Milo yang dipetik daripada laman sesawang FA Thailand.
“Jika mereka tidak terpilih untuk persahabatan menentang Hong Kong dan Trinidad & Tobago, ia bukan bermaksud mereka akan tercicir daripada skuad Piala AFF. Jumlah pemain adalah terhad untuk aksi persahabatan.
“Jadi saya mahu mereka tahu, kesemua mereka layak untuk bersama pasukan. Saya akan meneliti mereka secara mendalam sebelum mengumumkan senarai utama,” ujarnya lagi.
Seperti yang telah sedia maklum, Thailand akan bertanding di Piala AFF tanpa kehadiran empat bintang utama pasukan iaitu Chanathip Songkrasin, Teerathon Bunmathan, Teerasil Dangda dan juga penjaga gawang, Kawin Thamsatchanan.
Chanathip, Teerathon dan Teerasil ketika ini sedang beraksi di Liga Jepun (J-League), sementara Kawin pula sedang bergelut bersama pasukan divisyen 2 Liga Belgium (Belgian League), OH Leuven.
Keempat-empat pemain tersebut memiliki kaps yang banyak bersama skuad kebangsaan dengan Chanathip telah membuat 45 penampilan, Teerathon (51), Teerasil (94) dan Kawin (64).
Walaubagaimanapun, Milo tampaknya masih tenang dan menyatakan perkara ini sebenarnya membuka peluang buat pemain-pemain lain untuk menyinar November depan.
Skuad ‘Changsuek‘ atau Gajah Perang itu akan melalui dua aksi persahabatan iaitu menentang Hong Kong pada 11 Oktober dan juga Trinidad & Tobago pada 14 Oktober ini.