TFC Perjelas Isu Nik Akif

Nik Akif

Terengganu FC ada terdengar khabar angin berkaitan dengan berita bahawa Nik Akif bakal menyertai mereka pada musim hadapan.

Nik Akif antara bakat muda yang menjadi rebutan banyak pasukan di liga utama Malaysia. Ketika ini, pemain itu bermain untuk pasukan Kelantan.

Nik Akif juga merupakan pemain penting skuad B-23 kebangsaan.

Aksi Nik Akif ketika beraksi dalam Kejohanan AFF B-19 di Indonesia. FOTO: Bobotoh id

Beliau boleh bermain banyak posisi di bahagian tengah.

Sejak beberapa hari ini tular di media sosial mengaitkan pemain itu dengan pasukan Terengganu.

Pengurus Terengganu FC (TFC), Shahrizal Yahya, menganggap perkara itu tidak berasas dan hanya rumors.

Sharizal menjelaskan, di Terengganu, semua pemilihan pemain adalah di tangan ketua jurulatih, Nafuzi Zain. Dan ketika ini, Nafuzi Zain masih di Bangladesh.

“Kami difahamkan Nik Akif masih terikat kontrak bersama dengan pasukan Kelantan Oleh itu kami perlu menghormatinya.”

Sharizal enggan dikaitkan dengan cubaan ‘tapping up’ pemain yang masih ada kontrak tanpa melalui prosedur yang sah.

“Lagipun ada prosedur yang perlu dipatuhi. Kami enggan mengeruhkan keadaan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA),” tambah beliau lagi.

Sharizal juga menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Nafuzi Zain untuk menentukan masa depan beberapa pemain senior dalam skuad Terengganu.

Antaranya ialah Ahmad Syamim Yahya, Shahrul Aizad Zulkifli, Khairul Izuan Rosli, Nabil Ahmad Latpi dan penjaga gol, Wan Muhamad Azraei Wan Teh. Mereka semua antara dikaitkan dengan kemungkinan tidak akan disambung kontrak pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN