TFC II Buru Awang Import Baharu, Hanya Kekalkan Marcel N’Guessan

Bagi menghadapi saingan Liga Perdana pada musim hadapan, Terengganu FC (TFC) II hanya mengekalkan seorang sahaja pemain import, Marcel N’Guessan dan akan mencari pemain import bahari bagi memperkuatkan pasukan.

Pengendali TFC II, Roshadi Wahab menjelaskan, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor. Tiga pemain import lain iaitu Akanni Sunday, Bruno Suzuki dan Serhii Andrieiev difahamkan tidak ditawarkan kontrak baharu.

“Kontrak semua pemain import baru sahaja tamat dan selepas perbincangan serta penelitian mendalam hanya Marcel dikekalkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain import yang telah membantu memantapkan pasukan TFC ll musim ini dan berharap kerjaya mereka lebih cemerlang pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Roshadi lagi, menjelaskan kuota empat pemain import itu akan dipenuhkan dan mereka sedang mencari pemain di posisi penyerang, bek tengah dan perancang dengan fungsi nombor 10 amat diperlukan bagi memperkuatkan pasukan berstatus ‘feeder’ itu musim depan.

“Ramai yang menyatakan minat untuk menyertai TFC II walaupun kami tidak beraksi dalam Liga Super.

“Senarai penuh skuad TFC II akan dilengkapkan sebelum Disember walaupun mungkin ramai lagi pemain import dijangka hadir mencuba nasib.

“Saya sedang meneliti pemain terbaik untuk bersama pasukan ini di tiga posisi itu,” jelas Roshadi.

Bruno Suzuki dalam hantaran terbaru dalam akaun media sosialnya mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, pihak pengurusan dan penyokong TFC.

“Saya sedang mencari pasukan serta cabaran baharu musim depan. Terima kasih untuk dua musim ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN