TFC Gagal Pancing Kpah Sherman, Kekalkan Lee Tuck Dan Sanjar Untuk Liga Malaysia 2020

Kpah Sherman PKNS FC Terengganu FC

Portal sukan Fox Sports Malaysia hari ini melaporkan Terengganu FC (TFC) terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain import dari Liberia, Kpah Sherman untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Sumber dari laporan tersebut turut berkata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim telah mengesahkan Kpah Sherman telah dipancing oleh pasukan lain untuk saingan pada musim akan datang.

Foto: JST

Sherman adalah penjaring terbanyak saingan Liga Super pada musim ini, apabila menyumbangkan sejumlah 14 gol untuk PKNS FC.

Bagaimanapun Hishamuddin mengesahkan dua pemain import musim lalu, iaitu  Lee Andrew Tuck dan Sanjar Shaakhmedov akan terus bersama skuad penyu pada musim hadapan, kerana masih lagi mempunyai baki kontrak setahun bersama pasukan dari pantai timur itu.

Kredit: Terengganu FC, Facebook.

Mengenai kedudukan Kipre Tchetche dan Thierry Cantha Bin yang sudah beraksi selama dua musim bersama TFC, perkara itu akan ditentukan oleh Ketua Jurulatih yang baharu – yang akan diumumkan pada Selasa akan datang.

“Bagi urusan pemilihan pemain, pihak pengurusan PBSNT akan serahkan sepenuhnya mandat kepada ketua jurulatih kerana beliau lebih mengetahui kualiti atau ciri yang diinginkan,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam Sukan Terengganu (SUTERA) daerah Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, malam tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN