Tewaskan Fiorentina 2-1 Di Laman Sendiri, Juventus Raih Kejuaraan Serie A Buat Kali Ke-35

Juventus

Gergasi Itali, Juventus terus gah mengungguli saingan domestik apabila berjaya meraih kejuaraan Serie A buat kali ke-35 selepas menundukkan Fiorentina 2-1 di Alliaz Stadium, malam tadi.

Kejayaan itu menjelma ketika kempen Serie A masih lagi berbaki lima perlawanan untuk menutup tirai musim 2018/19.

Pasukan pelawat bagaimanapun terlebih dahulu di depan seawal minit ke-6 selepas Nikola Milenkovic menggunakan kesempatan apabila tidak dikawal di hadapan pintu gol Juventus.

Berpunca daripada gerakan dari sebelah kiri pintu gol yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Wojciech Szczesny telah memberikan ruang cukup luas buat Milenkovic untuk melepaskan rembatan bagi membuka tirai jaringan.

Giovanni Simeone hampir menjadikan kedudukan 2-0 buat Fiorentina tetapi jaringannya pada minit ke-26 dibatalkan selepas beliau didakwa berada dalam kedudukan ofsaid.

Usaha ‘The Old Lady’ bagi menyamakan kedudukan akhirnya membuahkan hasil di minit ke-37 selepas Alex Sandro menanduk masuk bola hasil sepakan sudut yang diambil Miralem Pjanic.

TURIN, ITALY – APRIL 20: Cristiano Ronaldo of Juventus celebrates with his teammates after German Pezzella of ACF Fiorentina (not in frame) scored an own goal during the Serie A match between Juventus and ACF Fiorentina on April 20, 2019 in Turin, Italy. (Photo by Giampiero Sposito/Getty Images)

Pemain serangan pasukan pelawat, Federico Chiesa juga terlepas peluang terbaik selepas rembatan padu dilepaskannya sekadar terkena palang gol pada minit-minit akhir babak pertama.

Gol kemenangan Juventus menjelma pada minit ke-53 selepas pemain pertahanan, German Pezzella tertampan bola ke dalam gawangnya sendiri dalam usaha menangkis hantaran lintang dari dilakukan Cristiano Ronaldo.

Kedudukan 2-1 itu kekal hingga tamat permainan yang sekaligus diraikan dengan penuh kepuasan dalam kalangan pemain Juventus.

Ini merupakan kejuaraan kali ke-8 berturut-turut dalam saingan Serie A buat Juventus.

Juventus sebenarnya sudah memenangi 37 mahkota Serie A, namun kejuaraan pada musim 2004/05 dan 2005/06 terpaksa ditarik akibat skandal rasuah.

Cristiano Ronaldo juga turut mencipta rekod sebagai pemain pertama yang memenangi tiga liga utama iaitu Liga Perdana Inggeris (Manchester United), La Liga (Real Madrid) dan Serie A (Juventus).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN