‘Tewas Mengejut Kepada Skuad Semi-Pro’ – PDRM Wajar Rasa Malu

Saingan Piala FA musim 2024/2025 tampil dengan kejutan pada pusingan ke-16 apabila PDRM diaibkan oleh Malaysia University FT (MUFT) menerusi keputusan penuh 0-3 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Hadir selaku pasukan pilihan, ramai menjangkakan skuad The Cops tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengatasi MUFT jika dilihat daripada prestasi semasa serta barisan pemain dimiliki.

Namun, keyakinan P. Maniam selaku pengendali utama PDRM untuk menurunkan barisan pemain simpanan serta sebahagian daripada skuad MFL jelas mendatangkan igauan ngeri buat diri mereka.

MUFT yang hadir tanpa sebarang nama besar tidak menghadapi sebarang masalah untuk meledak dua gol pantas seawal 10 minit permainan berlangsung serta tampil cepat menyesuaikan diri di atas padang.

Dua jaringan kelab dari saingan semi-pro itu terhasil menerusi Syahir Abdul Rahman serta Hadi Mohamad untuk menggamamkan seketika kem PDRM.

Tampil dengan tujuh pemain bawah 23 tahun (B-23), rata-rata daripada mereka langsung tidak gugup ketika menghadapi skuad Liga Super serta berdisiplin mengikut rencana diatur oleh jurulatih utama, Ridzuan Abu Shah.

Pemain senior seperti Saiful Iskandar Adha tampil memainkan peranan penting serta antara paling menyerlah menerusi kelincahan serta ketenangan beliau untuk mengatasi pertahanan lawan.

Sebaliknya PDRM pula tampil serba kurang menjadi dengan mereka kerap hilang penguasaan bola serta tampil kurang persefahaman antara satu sama lain ketika aksi berlangsung.

Walaupun hanya mempertaruhkan dua sahaja pemain B-23 dalam kesebelasan utama serta dibarisi tonggak berkualiti seperti Badrul Affendy, Amirul Wa’ie dan Zuhair Aizat, ia gagal untuk menghalang kemaraan pasukan lawan.

Malah kemasukan pemain gantian seperti Hidhir Idris serta Eizrul Ashraf juga tidak mampu untuk meningkatkan lagi kualiti serangan mereka ketika berhadapan MUFT.

Tatkala dua jaringan dianggap cukup untuk MUFT mengaibkan PDRM, hadir pemain gantian Zharif Nazhan yang menamatkan malam buruk buat PDRM menerusi ledakan ketiga di penghujung separuh masa kedua.

Keputusan tersebut cukup untuk mengajar PDRM mengenai erti bola sepak sebenar jika mereka tampil tidak membuat persediaan terbaik untuk menghadapi pasukan lawan walau berada pada taraf berbeza.

MUFT yang berjaya melangkah ke pusingan 16 terbaik kini pastinya berada pada tahap motivasi tertinggi serta menjadi contoh buat kelab lain untuk turut meraih kejayaan yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN