Bolos tiga gol kepada pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran tentunya satu petunjuk jelas bahawa barisan pertahanan Chelsea kini sedang bermasalah dan perlukan ‘nafas baharu’.
Kedatangan Frank Lampard ke Stamford Bridge telah merubah permainan The Blues kepada corak yang lebih berorientasikan serangan.
Tetapi mereka berdepan dengan masalah ketumpulan penyerang dengan gagal menyudahkan 58 peluang terbuka. Malah pasukan itu telah mencatat 532 percubaan yang merupakan kedua tertinggi di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.
10 – Chelsea lost their 10th league game of the season tonight; only in 2015-16, when they finished 10th, have they suffered more defeats in a single campaign in the Roman Abramovich era (12). Topsy-turvy. pic.twitter.com/4I03UvUnnx
— OptaJoe (@OptaJoe) July 1, 2020
Dengan kehadiran Timo Werner dan Hakim Ziyech yang mempunyai rekod gol dan bentuan jaringan antara yang terbaik di Eropah, tentunya masalah yang disebutkan di atas boleh diatasi pada musim hadapan.
Timbul pula ura-ura yang mengatakan Chelsea kini sedang serius untuk mendapatkan pemain muda sensasi, Kai Havertz dan Bayer Leverkusen yang tentunya akan menjadikan jentera serangan mereka antara yang terbaik di dunia.
Namun perkara yang menjadi kegusaran pemerhati dan penyokong Chelsea adalah kerapuhan benteng pertahanan yang terlalu kerap dibolosi termasuklah ketika kekalahan 3-2 kepada West Ham pada Rabu.
Dave looking sad because Chelsea can't defend. pic.twitter.com/Gfd2Xdz7Eg
— Chelsea4All (@Chelsea_4All) July 1, 2020
Lampard dilihat masih memberi kepercayaa kepada Cesar Azpilicueta sebagai pemain ‘senior’ yang juga kapten pasukan untuk mengemudi barisan pertahanannya yang kebanyakannya terdiri daripada pemain-pemain muda.
Kualiti yang ada pada Andreas Christensen, Kurt Zouma dan Antonio Rudiger di bahagian tengah mungkin tidak diragui, namun apa yang ‘kurang’ pada Chelsea adalah ‘kepimpinan’.
Untuk beberapa musim, Chelsea agak bermasalah untuk mencari pemain pertahanan kiri yang boleh dianggap antara yang terbaik di dunia. Marcos Alonso dan Emerson mungkin pemain yang baik ketika menyerang, tetapi agak bermasalah semasa bertahan.
Gary Neville blames Antonio Rudiger and Marcos Alonso for Chelsea’s 3-2 defeat to West Ham after Andriy Yarmolenko’s late winner. [TEAMtalk] pic.twitter.com/FYvwM0L42o
— VBET News (@VBETnews) July 2, 2020
Bukti yang paling jelas adalah ketika Chelsea melepaskan gol ketiga West Ham. Di mana Alonso ketika Andriy Yarmolenko meledak gol kemenangan itu? Kenapa Rudiger dibiarkan berseorangan sehingga terlalu mudah ‘disailang’?
Oleh sebab itulah Chelsea perlu mengutamakan untuk mendapatkan pemain baharu di posisi tersebut. Ben Chilwell dikatakan sebagai pilihan utama, tetapi seorang lagi calon yang sedang dipertimbangkan adalah Nicolas Tagliafico yang begitu konsisten sepanjang bersama Ajax dalam beberapa musim ini.
Seorang lagi pemain yang perlu difikirkan untuk disingkir adalah penjaga gol, Kepa Arrizabalaga yang dianggap berperangai ‘diva’ oleh penyokong Chelsea sendiri. Andre Onana yang telah pun membuktikan kewibawaannya di pentas Eropah mungkin calon yang baik untuk mereka.
https://twitter.com/utdleo_/status/1278428368963321856?s=20
Sekiranya Lampard hanya memikirkan untuk pasukannya terus menjaringkan gol, Havertz mungkin pemain yang perlu dibawa masuk. Tetapi dengan dana yang semakin terhad dua posisi ini seharusnya menjadi keutamaan beliau.