“Sukar sebenarnya jadi fans bola Malaysia yang tegar ni. :/”
Itulah antara keluhan yang keluar dari Twitterians semalam apabila menyaksikan pasukan B-23 Malaysia tewas 4-1 di tangan pasukan Iran.
Jujurnya, ia adalah keputusan yang sudah dijangkakan dari awal. Namun harapan yang tinggi diletakkan kepada skuad negara selepas aksi yang memberangsangkan ditampilkan pada kejohanan Sukan SEA pada tahun lepas.
Untuk rekod, pasukan kebangsaan berjaya merangkul pingat perak setelah tewas 1-0 kepada pasukan Thailand, pasukan gergasi bola sepak Asia Tenggara di perlawanan akhir temasya Sukan SEA yang lalu.
Dengan menjadikan saluran Twitter sebagai ‘tempat meluahkan hati dan perasaan’ penyokong, kami di SemuanyaBOLA berasa terpanggil mengumpulkan reaksi netizens melalui tweet berikut.
Hi guys! Sila tengok pada replies pada tweet yang abang mention ni, dan FAV pada mana GIF reactions yang korang rasa best.
Kalau respons bagus, nanti kami akan keluarkan artikel yang ditulis khusus untuk mewakili Twitterians seperti anda! Go!
By midnight malam ni abang check. https://t.co/yslMq1dmgx
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 10, 2018
Hasilnya, kami menerima lebih dari 160 reaksi GIF dari peminat tegar bola sepak negara.
FT: ?? 4-1 ??
Reply tweet ini denga GIF yang kalian rasa sesuai sebagai respons untuk keputusan perlawanan ini. Go!#SemuanyaBOLA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 10, 2018
Ada Yang Salahkan Penjaga Garisan
Sewaktu perlawanan berlangsung semalam, Malaysia sepatutnya mendapat gol ke-2 apabila cubaan Syazwan Andik dilihat sudah melepasi garisan gol.
Malangnya, penjaga gol bagi pasukan Iraq berjaya menolak semula bola itu keluar dan penjaga garisan tidak memberikan gol kepada Malaysia.
Jesteru, seorang pengikut kami di Twitter, Juan Bapakaw memberikan respons sebegini:
5th Referee. ? pic.twitter.com/vATWThsAgM
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) January 10, 2018
Kekalahan yang sudah dapat dijangka ini juga diterima dengan hati yang tabah oleh sebahagian penyokong pasukan kebangsaan.
Contohnya, Afiq Shari menyatakan persembahan pasukan Malaysia masih boleh diterima kerana kita bermain dengan kompetetif dan tidak bermain ‘negative football’.
— Afiq Shari © (@AfiqShari) January 10, 2018
Ajib Too pula mengatakan bahawa tiada benda yang boleh diperkatakan lagi mengenai prestasi skuad bola sepak Malaysia di peringkat Asia. Beliau menggunakan meme ‘mic drop’ mantan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
— ajibtoo™ (@ajibtoo) January 10, 2018
Ada juga yang menyatakan kesedihan dengan menggunakan GIF Francesso Totti sebagai medium meluahkan rasa sedih mereka.
— President_Amirul (@Amirulazlan16) January 10, 2018
Terdapat juga sesetengah Twitterians yang bertindak mentertawakan keputusan perlawanan tersebut.
GIF meme Mike Tyson yang sedang gelak berdekah-dekah menjadi pilihan Nur Izzat Ishak sebagai reaksinya kepada kekalahan Malaysia.
— Nur Izzat Ishak ?? (@NII161) January 11, 2018
Tak kurang juga sesetengah pengguna Twitter yang menyelar prestasi skuad kebangsaan dengan memberikan beberapa respons yang tidak berapa enak untuk dilhat.
Amirul Nadim menggunakan GIF meme Taylor Swift, penyanyi irama country Amerika yang menggayakan isyarat loser sebagai reaksi beliau.
— ____ (@AmirulNadim) January 10, 2018
Namun, disebalik perkara-perkara negatif tersebut, terdapat juga Twitterians yang masih menyatakan sokongan mereka kepada anak-anak buah pimpinan Datuk Ong Kim Swee.
Muhamad Shahril menyatakan sokongannya kepada skuad negara dengan memberikan respons berikut.
— Muhamad Shahril (@shhzorla) January 10, 2018
Mirul pula memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan dengan menggunakan meme penyanyi tersohor Amerika, Drake yang bertepuk tangan ketika menyaksikan perlawanan NBA pada tahun lalu.
— Mirul ???? (@Amiruluis) January 10, 2018
Kami juga terhibur dengan reaksi GIF dari Asraf Radzi dan Affiiiqqqq yang menggunakan meme bayi yang comel ini.
— Asraf Radzi (@asrafradzi) January 10, 2018
Reaksi Yang Bercampur-baur Dari Netizens
Natijahnya, rakyat Malaysia tidak dapat lari dari menzahirkan kekecewaan dari kekalahan pertama ini. Namun, ada juga yang masih terus menyokong dan percaya bahawa kita masih mampu melakarkan kejutan di dalam kejohanan ini.
Dari pandangan kami, menang atau kalah adalah adat permainan. Yang membezakan seorang penyokong yang mempunyai jati diri dan penyokong lalang.
Sebagai penyokong, kita berhak untuk marah dan berasa kecewa dengan prestasi skuad kebangsaan, namun kita perlu sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan mereka.
Bak kata orang, “ Jika anda tak mampu menyokong ketika pasukan kegemaran anda kalah, jangan pula bersorak jika mereka menang.”
Reaksi apa pula yang menjadi pilihan anda? Kongsikan dengan kami di Twitter @mysemuanyabola !