Tewas Di Tangan Colombia, Deschamps Dan Lloris Kecewa Dengan Sikap Pasukan Perancis

Hugo Lloris membidas sikap pemain-pemain Perancis terutama sekali selepas mendahului 2-0. Pemain-pemain Perancis telah hilang fokus dan ‘berhenti bermain’. Akhirnya mereka tewas 2-3 di tangan Colombia.

Perancis 2 gol di hadapan dalam tempoh 26 minit hasil jaringan Giroud dan Thomas Lemar.

Colombia merapatkan kedudukan menerusi Muriel sebelum rehat. Bersambung babak kedua, Radamel Falcao dan Juan Quintero menambah 2 gol untuk Colombia.

Di bilik persalinan, Didier Deschamps dikatakan mengamuk dengan pemain-pemain beliau. Kapten Perancis, Hugo Lloris turut bengang dengan sikap pemain-pemain Perancis dalam sejam terakhir perlawanan.

“Kami ada 30 minit pertama yang sangat bagus, tetapi selepas itu kami berhenti berusaha. Kami tidak memberikan secukupnya pada separuh masa kedua dan menunjukkan sikap terlalu sambil lewa. Saya marah dengan aksi kami hari ini.”

“Kami patut tengok diri sendiri, kami ada cita-cita besar di Piala Dunia nanti. Tetapi kami tidak boleh bermain dengan pasukan seperti yang kami ada hari ini.”

“Kami patut belajar daripada pasukan Colombia. Mereka mungkin kurang pemain berbakat berbanding dengan kami tetapi mereka bermain dalam pasukan sebenar”

Deschamps turut memberikan komen kritikal kepada pasukan beliau dan mahu pemain beliau tahu, untuk mengejar mimpi Piala Dunia, ianya jauh lebih sukar daripada perlawanan menentang Colombia.

“Kami ada banyak masalah. Mereka (Colombia) menunjukkan permainan yang lebih agresif, kami pula tidak agresif langsung. Kami hilang bola terlalu mudah dan memberikan mereka penguasan bola semula.”

“Pasukan Colombia ini mengajar kami pelajaran berguna hari ini iaitu agresif, mereka tidak akan biarkan kamu. Saya tak boleh gembira dengan perkara seperti ini terutama sekali pada separuh masa kedua.”

“Tetapi kami tetap akan menjalankan analisis untuk perlawanan ini. Kami masih belum sampai di standard yang cukup tinggi yang sepatutnya kami capai dengan pemain-pemain yang kami ada. Kami tiada alasan, anda kalah di tempat sendiri, langsung tak seronok.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN