Quantcast

BERITA

Tewas 2-1 Keatas FC Basel Tidak Halang Kemaraan Manchester City

Kekalahan 2-1 Manchester City keatas FC Basel pada perlawanan timbal balik aksi pusingan 16 terbaik awal pagi tadi tidak menghalang skuad bimbingan Pep Guardiola itu untuk melayakkan diri suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Pada pertembungan pertama di St. Jakob Park, Manchester City mudah menumpaskan wakil dari Switzerland itu dengan keputusan 4-0.

Pemain yang baru pulih daripada kecederaan, Gabriel Jesus tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan di Stadium Etihad.

Pemain antarabangsa Brazil tersebut dengan mudah menolak masuk hantaran lintang yang dilakukan Bernardo Silva pada minit ke-7.

Ketinggalan dengan agregit 5-0 jelas tidak mematahkan semangat juang anak buah Raphael Wicky untuk kembali bangkit bagi menghasilkan jaringan.

Pada minit ke-17, Basel berjaya memperolehi jaringan penyamaan menerusi Mohamed Elyounoussi yang menerima hantaran daripada Blas Riveros.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 07: Phil Foden of Manchester City holds off pressure from Fabian Frei of FC Basel during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Manchester City and FC Basel at Etihad Stadium on March 7, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Elyounoussi meledakkan satu rembatan padu dari jarak dekat bagi menewaskan Claudio Bravo di gawang Manchester City.

Pelawat menambah jaringan kedua pada minit ke-71 apabila Micheal Lang melakukan rembatan dari sudut yang sedikit sukar, namun ianya masih mampu untuk mengegar jaringan bagi membolosi gawang City.

Pada perlawanan ini juga, Pep Guardiola memberikan peluang kepada beberapa pemain muda untuk mendapatkan pendedahan beraksi di saingan Eropah dan merehatkan beberapa tonggak utama pasukan.

Antara pemain yang diberikan peluang adalah Phil Foden, Brahim Diaz dan Tosin Adarabioyo.

Selepas tamat empat perlawanan di pusingan 16 terbaik, Manchester City dan Liverpool merupakan wakil dari England yang berjaya meloloskan diri ke peringkat suku akhir.

Tottenham Hotspur sudah ditunjukkan jalan keluar oleh Juventus manakala Manchester United dan Chelsea bakal menerima ujian sukar pada minggu hadapan apabila akan menentang dua wakil dari Sepanyol iaitu Sevilla dan Barcelona.