Terus Mengorak Langkah, PFAM Kini Tubuh Akademi Bola Sepak

PFAM

Persatuan Pemain-Pemain Profesional Malaysia (PFAM) mengorak langkah produktif dalam melahirkan lebih ramai pelapis bola sepak negara apabila telah mewujudkan Akademi Bola Sepak PFAM.

Bagi membentuk kerjasama yang utuh diantara pemain profesional dan masyarakat, usaha penubuhan ini turut melibatkan kerjasama daripada komuniti Kelab Rukun Tetangga (KRT).

Bercakap mengenai kewujudan akademi tersebut, presiden PFA Malaysia, Rezal Zambery Yahya mengharapkan agar program yang dilaksanakan akan bertahan dalam tempoh yang panjang.

“Semoga dengan adanya penubuhan akademi ini, hal ini dapat membantu pemain mengembangkan bakat mereka dalam bidang kejurulatihan dan pastinya ilmu ini akan dapat diaplikasikan apabila mereka bersara kelak.

“Saya juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada komuniti Taman Bandar Senawang yang bertungkus lumus untuk menjayakan Akademi Bola Sepak PFAM ini satu kenyataan.”

“Inilah contoh peranan komuniti dalam membentuk ekosistem yang signifikan dalam usaha melahirkan pemain-pemain bolasepak profesional. Moga segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar.”

Selain daripada mendapat bimbingan dari bekas pemain yang mempunyai lesen kejurulatihan dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), bakat baru yang menyertai Akademi PFAM ini akan menikmati perlindungan Insurans melalui PFAMcare meliputi kemalangan, perlindungan dan pampasan sehingga RM30,000 untuk kecederaan mengakibatkan cacat kekal atau kematian.

Pihak PFAM juga tidak meletakkan sebarang had bilangan peserta kerana mahu memberikan peluang kepada seberapa ramai bakat baru yang ingin mempelajari teknik bola sepak.

Kini, hampir 70 orang peserta dilaporkan sudah mendaftarkan diri bagi menyertai Akademi PFAM tersebut.

Usaha murni ini juga dibantu dengan penajaan dan kerjasama yang diberikan oleh 39 Associates, PaddyGear, BB7, RR13, Marquee Sports Management, Grand Fresh, Natasha Kitchen, Securinas Security, ProLorry, RMR Scan Resources dan Major Pomade bagi memastikan akademi ini berjalan dengan lancar.

Majlis pelancaran Akademi Bola Sepak PFA Malaysia ini disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan, YB. Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin dalam majlis khas bersempena Karnival Perpaduan Taman Bandar Senawang, semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN