John Terry sertai Aston Villa secara rasmi. Bekas kapten Chelsea dan England, John Terry memiliki 78 kaps dengan England dan beraksi sebanyak 717 penampilan dengan The Blues.
Kontrak John Terry dengan Chelsea berakhir pada 30 Jun lalu. Terry menandatangani kontrak setahun bersama Aston Villa.
Aston Villa teruja untuk menerima kehadiran Terry di dalam pasukan mereka. Ini selepas mereka bergelut dengan prestasi pada musim lalu di Liga Championship.
Aston Villa kini diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk memenangi promosi ke EPL pada musim 2018/19. Musim lalu Villa menamatkan Liga Championship di tangga ke-13.
Sebelum ini, pengurus Birmingham, Harry Redknapp yakin John Terry akan menyertai beliau. Ini selepas kelab tersebut menawarkan kontrak yang disifatkan Redknapp ‘baik’.
Namun ianya tidak berlaku apabila Terry memilih untuk menyertai Steve Bruce di Aston Villa. Sebelum ini Terry hanya bemain dengan 2 kelab Inggeris iaitu Chelsea dan ketika menjalani musim pinjaman di Nottingham Forest pada tahun 2000.
John Terry gembira dengan perpindahan kali ini ke kelab Inggeris ke-3 dalam karier beliau. Beliau berkata kepada laman rasmi Aston Villa:
“Ini adalah kelab yang saya kagumi selama ini.”
“Kelab ini memiliki fasiliti yang hebat di Bodymoor Heat. Villa Park pula salah sebyah stadum terbaik di negara ini dan ada satu kumpulan pemain yang bagus di sini. Ia ditambah lagi dengan pengalaman Steve Bruce sebagai pengurus.”
“Saya sudah tidak sabar-sabar untuk memulakannya dan sedia membantu skuad ini untuk mencapai sesuatu yang istimewa musim ini.”