Terpegun Lihat Aksi, Bekas Kapten Liverpool Anggap Safawi Sepatutnya Ke Eropah

Ranking

Bekas kapten Liverpool, Jamie Redknapp berpendapat pemenang anugerah MVP di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun lalu, Safawi Rasid sepatutnya beraksi di Eropah dan bukan terus kekal di Liga Malaysia.

Pendapat Redknapp itu disandarkan selepas terpegun menyaksikan aksi hebat pemain penyerang sayap JDT itu bersama pasukan negara, khususnya menerusi tendagan kaki kiri pemain tersebut.

Redknapp yang memiliki 237 penampilan bersama The Reds berpendapat Safawi bagaimanapun memerlukan individu yang tepat bagi membuka jalan buatnya beraksi di sana.

Safawi Rasid 2 Malaysia Tajikistan
FOTO: FAM

Safawi disaran untuk mengikuti jejak langkah pemain Jepun, Takumi Minamino dengan beraksi bersama pasukan di Liga Austria sebelum dipancing oleh juara dunia, Liverpool pada Disember lalu.

“Sebelum saya datang ke Malaysia untuk menjadi tetamu dalam pelancaran Cadbury FC ini, anak saya membuka Youtube dan aksi pemain nombor 11 [Safawi] memikat hati saya,” kata Redknapp seperti yang dipetik dari Arena Metro.

“Dia berani mengelecek dan mempunyai sepakan percuma kaki kiri yang berkualiti dan terus terang, dia seorang pemain yang memikat mata saya mengenai pemain dari Malaysia.

Takumi Minamino

“Saya rasa dia perlukan sedikit tuah seperti Minamino yang ke Liverpool. Dia juga perlu berani selain berusaha keras dan agresif dengan melihat lebih banyak perlawanan liga luar seperti EPL [Liga Perdana Inggeris].

“Apapun, dia ada kelebihan unik kaki kiri seperti mana Mohamed Salah. Kuncinya berani mencabar diri ke luar negara kerana dia masih muda dan bertenaga.”

Redknapp dipetik sebagai berkata demikian selepas ditemui pada Pelancaran Cadbury FC musim ketiga dengan penampilan eksklusif Redknapp dan trofi EPL di Malaysia semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN