‘Terpaksa Lupakan Saingan Liga Musim Ini’ – Misteri Jersi Dennis Buschening Dipegang Pemain Kedah Terjawab

Kem Kedah Darul Aman ditimpa malang seawal musim ini apabila tonggak import serangan mereka, Dennis Buschening bakal terlepas aksi panjang bersama skuad itu setelah sah mengalami kecederaan.

Pengesahan dibuat menerusi laman Facebook rasmi Kedah sebentar tadi yang menyatakan Dennis telah ditimpa kecederaan Achilles menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali pasukan, Aidil Sharin.

“Kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan baru – baru ini menyebabkan beliau terpaksa melupakan baki perlawanan musim ini selama 6 bulan bagi proses pemulihan.

“Sebagai tanda perpaduan dan meraikan semangat rakan sepasukan, pemain skuad Sang Kenari turut mempamerkan jersi Dennis ketika foto berpasukan sebelum sepakmula”, jelas kenyataan tersebut.

Tanda tanya hadir dalam kalangan penyokong Kedah semalam apabila kelibat Dennis langsung tidak tersenarai dalam pasukan selain ketiadaan beliau dalam sesi latihan pasukan.

Dennis menjadi pemain import Kedah musim ini bagi kuota Asean setelah sebelum itu beliau sudah beraksi dua musim dalam saingan Liga Malaysia mewakili Sabah dan UiTM FC.

Untuk rekod, bekas pemain akademi Borussia Dortmund ini sudah pun meledak satu gol bersama Kedah musim ini sewaktu mereka menewaskan Kuala Lumpur City dan berjaya mempamerkan aksi yang baik sepanjang perlawanan tersebut.

Untuk ketika ini, posisi beliau mungkin bakal diisi terus oleh pemain lincah, Fayadh Zulkifli atau Fadzrul Danel mengikut kesesuaian taktikal yang ingin diterapkan Aidil Sharin.

Sebelum itu, Kedah turut terlepas peluang untuk menurunkan pertahanan import mereka iaitu Marc Vales setelah mengalami kecederaan sewaktu sesi latihan.

Namun, Aidil boleh menarik nafas lega apabila pemain itu sudah boleh beraksi selaku pemain gantian semalam dan bakal memperkuatkan pasukan untuk perlawanan akan datang.

Untuk musim ini, Kedah menandatangani lima pemain import baharu iaitu Jang Suk-won, Dechi Marcel, Ronald Ngah Wanja, Marc Vales, dan Dennis Buschening dalam misi untuk merebut kejuaraan Liga Malaysia 2022 dan juga ke pentas AFC.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN