Sebuah kelab amatur yang beraksi di Divisyen 3 Belanda, disambut dengan meriah oleh penyokong mereka ketika menghadiri latihan seawal jam 5 pagi.
Ia bukan kebiasaan untuk mana-mana pasukan, baik amatur atau profesional memulakan latihan seawal 5 pagi ketika matahari masih belum muncul. Malah kebanyakkan kita masih nyenyak tidur pada ketika itu.
Namun di Belanda, pendekatan tersebut terpaksa dilakukan akibat situasi pandemik yang melanda dunia. Walaupun sebelum ini kebanyakkan negara di Eropah sudah mengendurkan SOP, jumlah peningkatan mendadak sejak akhir-akhir ini di beberapa negara bermakna pendekatan baharu turut perlu dilaksanakan.
Dutch covid restrictions now state that amateur sports teams aren’t allowed to practice between 5am and 5pm…
Just look at the reception 3rd division @KvvQuickBoys got from their fans when they started training at 5am. Talk about support. 🇳🇱🧨pic.twitter.com/ZJL6P6RIvh
— COPA90 (@Copa90) December 2, 2021
Di Belanda, Perdana Menteri, Mark Rutte turut mengumumkan pelaksanaan beberapa pendekatan untuk mengelakkan pandemik terus merebak di seluruh negara.
Antaranya, aktiviti riadah dan sukan tidak dibenarkan mulai jam 5 petang sehingga 5 pagi. Arahan terbaru tersebut sekaligus menjejaskan kelab-kelab bola sepak amatur seperti Quick Boys.
Ini kerana kebanyakkan pemain-pemainnya terpaksa bekerja mencari rezeki pada siang harinya, dan ramai di kalangan mereka hanya balik daripada bekerja selepas 5 petang.
Dutch covid restrictions now state that amateur sports teams aren’t allowed to practice between 5am and 5pm…
Just look at the reception 3rd division @KvvQuickBoys got from their fans when they started training at 5am. Talk about support. 🇳🇱🧨pic.twitter.com/ZJL6P6RIvh
— COPA90 (@Copa90) December 2, 2021
Jadi bagaimana dan bila latihan boleh dilakukan. Untuk itu, jurulatih Quick Boys tampil dengan idea agar latihan diadakan sebelum pemain-pemain ini turun ke tempat kerja masing-masing, iaitu seawal jam 5 pagi.
Belanda adalah sebuah negara dengan populasi yang kecil. Namun sokongan yang ditampilkan oleh kelab Divisyen 3 ini jelas menunjukkan kesungguhan dan semangat cintakan bola sepak di negara tersebut.
Lihat sahaja atmosfera dan sokongan yang ditunjukkan mereka. Boleh meremang bulu roma. Mereka memberikan sokongan tanpa sebarang syarat. Mungkin ia sesuatu yang boleh dipelajari oleh ‘bangsa final’.