Terlepas Peluang Tandatangani Jude Bellingham, Liverpool Kini Sasar Pemain Bayern Munich

Liverpool dilaporkan semakin serius untuk memperkukuhkan posisi tengah mereka musim depan, dengan beberapa nama pemain kini dikaitkan bersama kelab tersebut.

Terbaharu, pasukan tersebut telah pun mengadakan perbincangan bersama perancang tengah Bayern Munich iaitu Ryan Gravenberch untuk ditandatangani pada musim hadapan bagi memperkukuhkan pasukan itu.

Jurgen Klopp jelas mahu merombak kembali posisi tengah Liverpool yang kini tonggak utama bawah kendaliannya semakin berusia dan kerap dilanda kecederaan.

Pemain-pemain seperti Naby Keita, Thiago Alcantara, Fabinho, serta Jordan Henderson tidak mampu untuk mengekalkan konsistensi mereka pada musim ini dalam setiap perlawanan dihadapi.

Disebabkan itu, Klopp menyasarkan pemain yang jauh lebih muda serta berpotensi tinggi untuk menjadi nadi utama The Reds, supaya mereka kembali bangkit dengan prestasi lebih cemerlang.

Walaupun dikaitkan bersama pemain tengah Borussia Dortmund iaitu Jude Bellingham sejak sekian lama, namun nampaknya usaha membawa bintang England itu tidak akan menjadi kenyataan.

Jelas Klopp, Liverpool sudah pun menarik diri daripada perlumbaan untuk mendapatkan Bellingham selepas harga diletakkan kepada pemain tersebut dijangka mencecah £100 juta.

Disebabkan itu, mereka memberi tumpuan lebih lanjut kepada Gravenberch yang kini mewakili Bayern Munich di Jerman selaku salah seorang pemain muda pasukan tersebut.

Musim ini segalanya tidak begitu menjadi buat Gravenberch selepas pemain berusia 20 tahun itu mengalami kesukaran dalam permainan bersama pasukan berkenaan.

Sejak Januari lalu, pemain ini telah pun dilaporkan bakal menyertai Liverpool sebelum segalanya tidak menjadi dan Gravenbech terus kekal beraksi bersama Bayern.

Tetapi, laporan daripada Sportbible menyatakan Liverpool kini mula mempamerkan rasa minat yang tinggi untuk cuba kembali menandatangani khidmat Gravenberch bagi saingan musim hadapan.

Gravenberch yang menyertai Bayern sejak Jun lalu daripada Ajax dilihat sebagai pemain berpotensi untuk menyerlah di sana sebelum tampil sekali sahaja dalam kesebelasan utama daripada 17 penampilan.

Malah, khidmat beliau langsung tidak digunakan ketika perlawanan membabitkan pasukan tersebut ketika berhadapan Manchester City dalam aksi UEFA Champions League (UCL).

Pemain muda itu juga mengakui mungkin akan berpindah pada musim hadapan, jika beliau terus mengalami kesukaran untuk mendapat tempat.

“Secara keseluruhan, saya mahu menjadi pemain yang berjaya bersama Bayern Munich sejak awal penyertaan bersama pasukan tersebut.

“Tetapi, jika segalanya tidak berjalan lancar dan terus tidak mendapat peluang sebaiknya bersama pasukan, saya mungkin perlu memikirkan kembali masa depan.

“Pada saya, musim ini menjadi pertama kali untuk diri saya mengalami kesukaran serta tidak mendapat peluang sebaik mungkin untuk bermain. Sebagai pemain, ini juga merupakan pengalaman berguna untuk saya.

“Saya masih lagi muda dan bersyukur kerana merasai sendiri pengalaman tersebut sekarang bukannya pada masa akan datang,” jelas Gravenberch.

Pada masa sama, pengurus baharu Bayern iaitu Thomas Tuchel masih lagi mengakui kualiti permainan dimiliki Gravenberch serta menggesa pemain tersebut untuk berusaha mendapatkan ruang dalam kesebelasan utama.

“Saya sendiri lihat kualiti yang dimiliki Ryan sewaktu sesi latihan dan dia pamerkan segalanya yang terbaik.

“Dia merupakan pemain tengah yang boleh menggelecek dengan sangat bagus. Ianya kini berkenaan kesabaran. Ia merupakan perjuangan buat beliau sendiri di sini,” ulas Tuchel.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN