Terlepas Malcom, AS Roma Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang

AS Roma masih lagi belum berpuas hati mengenai isu perpindahan melibatkan pemain Brazil – Malcom.

Selepas terlepas mendapatkan pemain Brazil itu ke tangan Barcelona pada minit-minit akhir, AS Roma nyata berang dengan kelab Bordeaux mengenai cara mereka mengendalikan perpindahan ini.

Mereka berada dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai perpindahan ini.

“Di peringkat kelab, kami mencari pilihan dan melihat jika kita mempunyai kes perundangan di sini.”

Menurut pengarah AS Roma iaitu Monchi, beliau nyata bersimpati dengan apa yang berlaku ketika ini.

“Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku. Tetapi saya percaya yang AS Roma dan Bordeaux telah pun mencapai kata sepakat.”

Menurut Monchi, Presiden AS Roma telah menawarkan tawaran yang terbaik namun selepas itu segalanya tidak memihak kepada mereka.

“Presiden kelab telah menawarkan tawaran yang terbaik namun selepas proses mendapatkan pemain ini menjadi seperti lelongan. Kami terpaksa menarik diri.”

“Jika ada pemain yang mahu datang ke AS Roma maka ia baik untuk kami, tetapi jika mereka tidak mahukan kita maka kita pun tidak mahukan mereka.”

Tambah Monchi lagi, beliau memberikan jaminan kepada para penyokong AS Roma yang kelab akan mencari pemain lain yang sama atau lebih hebat daripada Malcom.

“Saya ingin beritahu para penyokong yang kami akan sentiasa berkerja keras untuk mengenal pasti pemain yang mahu datang ke AS Roma dan ianya akan menjadi sama atau lebih hebat berbanding Malcom.”

Malcom berhijrah dari Bordeaux ke Barcelona dengan nilai perpindahan €41 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN