Terlalu agongkan Mohamed Salah, ramai yang tak sedar wira sebenar Mesir adalah penjaga gol kedua mereka, Gabaski.
Mohamed Abou Gabal atau lebih dikenali sebagai Gabaski menyertai saingan AFCON 2021 bersama skuad kebangsaan Mesir sebagai penjaga gol kedua.
Beliau melakukan debutnya bersama skuad kebangsaan Mesir pada tahun 2011 yang lalu, dan beliau hanya pernah membuat tiga penampilan sahaja bersama skuad kebangsaannya menjelang AFCON pada tahun ini.
▪️ Subbed in 88' vs. Ivory Coast
▪️ Saved Eric Bailly's penalty
▪️ One goal conceded in knockouts
▪️ Playing through injury
▪️ Two penalty saves vs. CameroonEgypt's backup keeper Gabaski has been CLUTCH 💪 pic.twitter.com/SrXXms5uhc
— B/R Football (@brfootball) February 3, 2022
Gabaski sendiri juga mungkin tak percaya yang beliau akan ada kesempatan untuk diturunkan beraksi di kejohanan pada tahun ini, kerana beliau hanyalah penjaga gol simpanan.
Selepas penjaga gol utama El Shenawy terpaksa direhatkan kerana dibelenggu masalah kecederaan, Gabaski telah dipanggil untuk menggalas tugas sebagai tembok terakhir Mesir.
Beliau terlibat dengan dua aksi penentuan sepakan penalti, dan kedua-duanya beliau berjaya menjadi wira yang membantu Mesir mencatatkan kemenangan.
Salah sentiasa diagongkan
Tidak dinafikan Salah merupakan nama paling besar dalam skuad Mesir pada ketika ini, dengan beliau juga turut dilantik sebagai ketua pasukan.
Kejayaan Mesir untuk sampai ke perlawanan akhir jelas sekali ramai yang menganggap ia sepenuhnya kerana Mo Salah.
Gabaski coming up BIG in the penalty shootout😤🇪🇬 pic.twitter.com/cpegohfERz
— B/R Football (@brfootball) February 3, 2022
Namun hakikatnya Salah hanya berjaya menjaringkan dua gol sahaja sepanjang kejohanan ini, dan beliau juga tak mampu mempamerkan aksi cemerlang beliau bersama skuad kebangsaan Mesir.
Beliau jelas sekali boleh mempamerkan aksi yang lebih hebat dari apa yang beliau pamerkan pada ketika ini dan tidak keterlaluan untuk menganggap Mesir akan tetap mampu ke perlawanan akhir walau tanpa kehadiran beliau.
Tidak adil untuk menganggap Salah langsung tak berguna kerana beliau ada menyumbang gol dan mencatatkan assist, namun dari segi kualiti permainan, beliau sebenarnya tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.
Beliau juga menjadi nadi penting yang membantu sistem serangan Mesir namun beliau sepertinya tidak setajam seperti aksinya diperingkat kelab bersama Liverpool.
Ketika Mesir berjaya mara ke perlawanan akhir, semua media memberi tumpuan kepada Salah dan menganggap beliaulah individu yang cemerlang membawa negaranya ke pentas perlawanan akhir.
🔺 Saved Eric Bailly's penalty vs Ivory Coast
🔺 Made three great stops vs Morocco
🔺 Saved two penalties vs CameroonGabaski appreciation tweet 👏 pic.twitter.com/Xb3yzxc20Z
— GOAL (@goal) February 3, 2022
Ia jelas sekali satu hal yang langsung tidak adil untuk penjaga gol kedua Mesir, Gabaski yang boleh dikatakan sebagai wira sebenar Mesir di kejohanan kali ini.
Gabaski wira sebenar Mesir
Ketika aksi di pusingan 16 terbaik sebelum ini, penjaga gol utama Mesir, El Shenawy telah ditimpa masalah kecederaan dan tempatnya diisi oleh penjaga gol kedua, Gabaski.
Walau hanya dimasukkan pada minit ke-88, Gabaski berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya dari jentera serangan Ivory Coast.
Beliau kemudiannya menjadi wira negaranya kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari Eric Bailly, seterusnya membawa Mesir ke peringkat suku akhir.
Di peringkat suku akhir, Mesir turun bertemu Maghiribi dengan Gabaski sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam pertembungan tersebut.
Beliau cemerlang melakukan tiga saves dan membawa perlawanan ke aksi tambahan masa, sebelum terpaksa dikeluarkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.
https://twitter.com/KhaledEibid/status/1489390394983034883?t=HR6lWxD8OVU7zcK0QD_-RQ&s=19
Bertemu Cameroon di peringkat separuh akhir, Gabaski tetap mahu turun beraksi walau beliau masih lagi dibelenggu masalah kecederaan.
Beliau sekali lagi menjadi wira terhebat Mesir dengan Gabaski cemerlang menyelamatkan dua sepakan penalti untuk bantu skuad kebangsaannya mara ke aksi perlawanan akhir.
Gabaski layak dipuji
El Shenawy merupakan antara penjaga gol paling berprestasi ketika aksi di peringkat kumpulan, sebelum beliau terpaksa direhatkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Melihat kepada aksi dan persembahan beliau dari tiga perlawanan di peringkat kalah mati ini, jelas sekali Gabaski berhak untuk dipuji.
Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang beliau merupakan satu-satunya alasan mengapa Mesir masih ada di kejohanan ini lagi.
Mesir selepas ini akan turun beraksi bertemu Senegal dalam aksi perlawanan akhir, dan sudah tentu tumpuan akan sepenuhnya diberikan kepada Mohamed Salah dan Sadio Mane.
Egypt number goalkeeper El Shenawy was the best goalkeeper of AFCON group stage.. he got injured at round of 16 and their second choice goal keeper Gabaski took over… now Gabaski has been by far the best goalkeeper of Knockout stage..
That country is blessed with goal keepers pic.twitter.com/ssv6XSAoda
— DEJI (@dayjee_1) February 3, 2022
Duo handalan Liverpool itu akan turun bertemu sesama sendiri, dengan kedua-dua mereka sudah tentu mahu lakukan yang terbaik demi membantu skuad kebangsaan masing-masing.
Teka-teki sama ada Mesir akan terus menambah koleksi kejuaraan mereka dengan memenangi AFCON edisi kali ini, atau Senegal akan cipta sejarah pertama kali memenangi pertandingan terbesar Afrika itu pada tahun ini akan terjawab pada hari minggu nanti.