Tottenham Hotspur dipercayai telah memecat pengurusnya, Jose Mourinho sebentar tadi. Perkhabaran itu mulai didedahkan oleh The Athletic sebentar tadi.
Tottenham dipercayai memutuskan untuk berpisah dengan Mourinho selepas hanya semusim setengah bersama kelab itu. Kelab London itu kini menduduki kedudukan ketujuh Liga Perdana Inggeris, dan berisiko untuk gagal menamatkan saingan pada musim ini di luar kelompok empat pasukan teratas, sekaligus tidak beraksi di pertandingan Champions League pada musim hadapan.
Selepas memulakan musim dengan baik bersama Tottenham pada awal musim, prestasi Spurs kendalian Mourinho mulai merosot menjelang Disember.
Jose Mourinho sacked as Tottenham Hotspur manager https://t.co/2WD2B81YZL
— Sky News (@SkyNews) April 19, 2021
Malah pada satu ketika, skuad Tottenham kendalian Mourinho pernah menerajui kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris. Antara perlawanan yang paling diingati ialah ketika membelasah bekas pasukan, Manchester United dengan jaringan 6-1 di Old Trafford di awal musim.
Mourinho sebelum ini pernah mendedahkan pasukannya mempunyai masalah keharmonian, dan meminta lebih banya masa diberikan untuk memperbaiki keadaan.
Selepas tamat aksi Premier League menentang Aston Villa pada Mac lalu, Mourinho mengakui terdapat ada pemain yang bersikap mementingkan diri sendiri ketika ini.
A reminder that Jose Mourinho has been sacked more times (4) since Arsenal last won Premier league in the last 15 years. #BoycottEuropeanSuperLeague #ImpossibleIsNothing | Wenger | Big Six pic.twitter.com/MHJdO1zSXk
— Trendz Index (@Trendzindex) April 19, 2021
“Bola sepak pada hari ini bukan mudah bila bercakap mengenai itu [keharmonian pasukan]. Sikap pentingkan diri itu ada, kepentingan individu itu ada, ejen itu ada, hubungan antara ejen dan juga media itu ada.”
“Ianya adalah satu perkara yang perlu diberi masa jika hendak mewujudkan ia di dalam sesebuah kumpulan kerana psikologi dan juga sosiobudaya orang muda hari ini bukannya muda [untuk dididik],” katanya Mourinho menerusi Sky Sports.
Mourinho berkata kepentingan peribadi cukup menguasai para pemainnya ketika ini. Menurutnya, jika seseorang pemain itu dapat beraksi 90 minit maka itu adalah kejayaan padanya.
Perasaan itu melebihi rasa untuk berjuang demi pasukan serta membantu rakan-rakan ketika berada di atas padang.
Kredibiliti pasukan Tottenham dipersoal ramai pihak selepas mereka tumbang di tangan Arsenal dalam aksi North London Derby.
Mereka juga turut dimalukan oleh Dinamo Zagreb dalam aksi Europa League yang menyaksikan mereka tersingkir selepas mendahului aksi pertama antara kedua-dua pasukan.’
Lebih banyak berita menyusul selepas ini…..
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mourinho:
Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Lakukan Satu Perkara Ini Untuk Tottenham
Jose Mourinho: Saya Tak Diberikan Masa Yang Cukup Sewaktu Bimbing Man Utd