TERKINI: Tottenham Hotspur Pecat Pochettino

Tottenham telah memecat pengurusnya, Mauricio Pochettino selepas lima tahun mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Musim ini Spurs menjalani permulaan yang mengecewakan dan kini sedang menghuni kedudukan ke-14 dalam EPL.

Editor sukan BBC, Dan Roan percaya Jose Mourinho merupakan calon paling utama unutk menggantikan pengurus berusia 47 tahun itu.

“Kami sangat berat hati untuk membuat perubahan ini. Ianya bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat oleh lembaga pengurusan kelab,” kata pengerusi Daniel Levy.

“Ia memaksa pihak lembaga pengurusan untuk membuat satu keputusan yang sukar – dengan begitu banyak memori bersama Mauricio dan staf kejurulatihan – tetapi apa yang dibuat adalah untuk kepentingan kelab di masa hadapan.”

Pochettino mula dilantik pada May 2014 dan kejayaan terbesarnya adalah membawa kelab itu mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim lepas di mana mereka tewas kepada Liverpool di Madrid.

Pembantu jurulatih, Jesus Perez dan jurulatih lain seperti Miguel d’Agostino dan Antoni Jimenez turut meninggalkan kelab itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Tottenham mengatakan mereka akan mengumumkan barisan kejurulatihan baru dalam masa terdekat.

Bekas pengurus Southampton itu membimbing Tottenham layak ke UCL dalam musim pertamanya dan meletakkan pasukan itu menjadi pencabar kejuaraan EPL dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekalipun menamatkan musim lepas dengan rekod ke perlawanan akhir UCL dan berada di kedudukan keempat EPL, Spurs gagal untuk menjadi pasukan yang lebih baik pada musim ini.

Mereka mencatat prestasi yang buruk dalam EPL, disingkirkan oleh Colchester dalam saingan Piala Carabao serta dibelasah 7-2 kepada Bayern Munich dalam kempen UCL di stadium baharu mereka.

“Mauricio dan staf kejurulatihannya akan sentiasa menjadi sebahagian daripad sejarah kelab ini,” tambah Levy.

“Saya perlu berterima kasih kepada beliau dan staf kejurulatihannya di atas segala yang telah mereka sumbangkan.

“Kami mempunyai skuad yang berbakat. Kami perlu memberi semangat baharu kepada mereka dan menyasarkan untuk memberikan keputusan yang positif kepada penyokong kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN