TERKINI: Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Jurulatih Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Malaysia Uzbekistan fokus benteng

Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe secara rasminya telah meletakkan jawatannya selepas kempen Piala AFF 2020 baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar mengatakan yang keputusan ini dicapai selepas perbincangan dari pelbagai sudut telah dilakukan.

Selepas melakukan perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan hubungan kerjasama dan Cheng Hoe memilih untuk meninggalkan skuad kebangsaan.

“Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini..”

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.”

Dengan perpisahan ini telah menamatkan karier Cheng Hoe bersama-sama skuad negara yang sudah lama sejak dari 2005.

Beliau memulakan pengalaman bersama barisan kejurulatihan kebangsaan sebagai penolong jurulatih skuad B-20 sebelum mendaki sedikit demi sedikit tangga menuju ke pasukan senior.

Cheng Hoe juga menjadi sebahagian daripada pembantu Datuk K. Rajagobal pada saingan Sukan SEA 2009 dan 2010 sewaktu Malaysia menjulang Piala AFF.

Pencapaian terbaik beliau sebagai ketua jurulatih adalah gelaran naib juara Piala AFF pada 2018.

Terima kasih diatas jasa yang diberikan buat Tan Cheng Hoe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN