TERKINI: Skuad Kendalian Brad Maloney Diberi Kemenangan Percuma Menentang Myanmar

Kejohanan Piala AFF B-23 tidak bermula seperti yang semua kita harapkan sehingga berkemungkinan dibatalkan pada hari ini.  Kemungkinan tersebut berlaku selepas Myanmar dilaporkan berhadapan masalah setelah tujuh pemain disahkan positif Covid-19.

Laporan daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom pada awalnya berkata pihak penganjur iaitu Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) sedang mempertimbangkan sama ada perlawanan tersebut ditunda atau dibatalkan terus.

Ciapan daripada Astro Arena kemudiannya mengesahkan skuad negara kendalian Brad Maloney diberikan kemenangan percuma disebabkan situasi tersebut.

Untuk rekod Myanmar bukan satu-satunya pasukan yang berhadapan dengan masalah kesihatan di kejohanan ini.

Persekutuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) terpaksa membatalkan terus penyertaan Indonesia di kejohanan tersebut selepas skuad utama dilanda masalah sama.

Malah kem negara sendiri terpaksa menukar beberapa pemain sebelum ini selepas ujian saringan mengesahkan terdapat pemain diuji positif selepas tiba di Kemboja.

Sehingga aertikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan sejauh mana status Myanmar di dalam kejohanan ini, walaupun penarikan diri telah dimaklumkan kepada AFF.

Selain Myanmar, pasukan muda negara turut diundi dengan Laos dan Indonesia. Penarikan diri Myanmar dan Indonesia bermakna pasukan negara hanya perlu menewaskan Laos untuk mara ke separuh akhir kejohanan. yang akan berakhir pada 26 Februari 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN