Dalam kemaskini terbaru ranking FIFA pada hari ini, pasukan Harimau Malaya telah naik 1 anak tangga berbanding dengan sebelum ini.
Kedudukan semasa pasukan Malaysia berdasarkan ranking FIFA adalah 166. Skuad Malaysia masih belum beraksi selepas kali terakhir beraksi menentang Lubnan pada bulan lalu, di mana skuad negara tewas 1-2.
Brazil memintas Jerman untuk menjadi no.1 dunia sekali lagi. Switzerland antara yang mengejutkan apabila naik ke ranking ke-4 dan Portugal turun ke ranking ke-6.
Untuk konfederasi AFC, Iran kekal di tangga pertama diikuti oleh Jepun dan Australia. India terus berada di ranking 100 teratas dunia.
3 ranking teratas untuk konfederasi AFF (Asia Tenggara) adalah Filipina, Thailand dan Vietnam.
Presiden FAM, Tunku Ismail baru-baru ini telah menggariskan isu ranking ini dan berjanji akan cuba membantu mencari perunding ranking untuk skuad kebangsaan.
Perunding ranking ini akan membantu memberikan khidmat nasihat dalam kalendar perlawanan antarabangsa.
Selain daripada pasukan kebangsaan, pasukan bola sepak dalam liga domestik juga penting dalam membantu menaikkan ranking pasukan kebangsaan.
Sejak 2010, ranking terbaik pasukan negara kita adalah berada di kedudukan ke-144 pada tahun 2010. Dalam tempoh yang sama juga, ranking paling teruk adalah ke-170.