TERKINI: PJ Rangers Umum Tarik Diri Daripada Saingan Liga FAM 2019

Sebuah lagi kelab bola sepak tempatan mengumumkan telah menarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim depan. Pasukan yang dimaksudkan ialah sebuah kelab yang berpusat di lembah klang iaitu Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers).

Melalui pengumuman yang dibuat melalui laman twitter rasmi PJ Rangers, mereka membuat keputusan tersebut kerana ingin menumpukan kepada program pembangunan akar umbi tahun depan.

“Petaling Jaya Rangers ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kami yang sentiasa menyokong pasukan sepanjang musim 2018 terutamanya Ultras kami.

“Dengan rasa berat hatinya, kami ingin mengumumkan kelab akan menarik diri daripada saingan Piala FAM musim 2019. Walaubagaimanapun, kami akan bertanding dalam saingan Liga Super Selangor (FAS) 2019 dengan sebahagian besar pemainnya adalah daripada Air Asia Allstars.

“Tambahan lagi, komitmen kami tahun depan adalah tertumpu kepada program akar umbi dimana 6 pasukan bawah umur 8 tahun, 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun lelaki dan 16 tahun perempuan akan beraksi dalam Liga Junior KL Air Asia,” kata kenyataan itu.

PJ Rangers yang dijenamakan semula daripada nama asalnya iaitu Air Asia Allstars merupakan sebuah kelab bola sepak yang diasaskan oleh CEO Air Asia sendiri iaitu Tan Sri Tony Fernandes.

Sebelum ini Air Asia All-Stars menggunakan Stadium Shah Alam dan Tony Fernandez juga menyatakan agak sukar untuk membina rumah (homeground) di Sepang yangs sinonim dengan mereka.

Dengan penggunaan Stadium Petaling Jaya, mereka mulai membina rumah di sana. Petaling Jaya Rangers mahu meniru model pasukan bola sepak di England yang berasaskan komuniti.

Tony Fernandes merasakan ia idea menukar nama kepada Petaling Jaya Rangers dalah lebih realistik berbanding dengan kekal dengan nama Air Asia All Stars yang tidak mungkin akan mendapat sokongan orang sana.

Dalam erti kata lain, mereka ‘membawa’ kelab bola sepak ini untuk dihadiahkan kepada penduduk di Petaling Jaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN