Selepas pelbagai spekulasi menyelubungi pasukan Lembah Klang iaitu PJ City, akhirnya mereka telah mengesahkan masa depan kelab itu sudah pun berakhir.
Hal ini selepas PJ City mengesahkan yang mereka akan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2023.
Dalam pengumuman yang dibuat dalam sebuah sidang media khas di Petaling Jaya, PJ City mengatakan yang keputusan diambil bukanlah kerana faktor kewangan yang meruncing sebaliknya disebabkan hala tuju sudah berubah.
PJ City yang diterajui oleh syarikat QNet berkata, mereka mempunyai kaedah lain untuk terus kekal di Liga Malaysia walaupun tanpa kehadiran kelab Lembah Klang itu.
Tambahan pula, kelab yang satu-satunya mengamalkan polisi 100% pemain tempatan ini mengatakan cara itu tidak dapat melestarikan PJ City dari segi nilai kompetitif.
Dengan pertambahan kouta pemain import bermula musim hadapan, ianya hanya akan menyukarkan lagi PJ City untuk terus bersaing dengan pasukan-pasukan lain.
Namun begitu, PJ City mengatakan mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan hak nama kelab itu boleh berbuat demikian terus ‘menghidupkan’ legasi pasukan terbabit.
PJ City mendapat pujian ramai sebagai satu-satunya pasukan yang tidak menggunakan pemain import dalam saingan Liga Malaysia.
Polisi yang diterapkan itu berjaya menaikkan nama-nama pemain tempatan seperti Darren Lok dan V. Ruventhiran sehingga mereka berjaya mewakili Harimau Malaya.