TERKINI: Perlawanan Malaysia B-16 Menentang Jepun B-16 Ditunda Pada Esok Pagi

Penyokong Malaysia yang berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini terpaksa pulang dengan hampa apabila pihak penganjur mengumumkan aksi terakhir kumpulan A dalam kejohanan AFC B-16 di antara Malaysia dan Jepun terpaksa ditunda pada pukul 11 pagi esok.

Pengumuman itu dibuat setelah mendapati cuaca tidak begitu mengizinkan dan hujan turun dengan lebat di lokasi perlawanan Tajikistan menentang Thailand iaitu Stadium Universiti Malaya sehingga menyebabkan padang bertakungan air.

Keadaan cuaca di kedua-dua lokasi tersebut perlu berada di tahap terbaik kerana perlawanan perlu dijalankan secara serentak bagi menentukan pasukan mana yang bakal layak ke peringkat suku akhir.

Keadaan padang yang bertakungan air di Stadium Universiti Malaya. FOTO: AFC

“Ia sekali gus memaksa penangguhan sama perlu dibuat juga bagi perlawanan Malaysia lwn Jepun kerana AFC menetapkan sepak mula kedua-dua perlawanan perlu serentak.

“Bagaimanapun pada jam 5.30 petang, keadaan cuaca tidak banyak berubah iaitu masih hujan dan kilat, sekali gus perlawanan di UM Arena itu masih tidak dapat dimulakan.

“Justeru, selepas dua tangguhan masa disebabkan keadaaan cuaca di UM Arena, Pegawai Pertandingan AFC mengambil keputusan menangguhkan kedua-dua perlawanan hari ini untuk dilangsungkan serentak jam 11.00 pagi esok memandangkan terdapat dua perlawanan terakhir Kumpulan B akan berlangsung serentak jam 4.30 petang esok dan dua perlawanan terakhir Kumpulan C berlangsung serentak jam 8.45 malam esok,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Malaysia kini mengumpulkan 3 mata dibelakang Jepun yang mengutip 4 mata dalam kumpulan A. Mereka wajib menang ke atas Jepun jika mahu mencerahkan peluang untuk beraksi di Piala Dunia B-17 tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq turut mengumumkan kemasukan pada hari esok adalah percuma manakala tiket yang dibeli pada hari ini masih boleh digunakan pada hari esok.

Namun begitu, kami tidak mempunyai kepastian sama ada penyokong yang membeli tiket pada hari ini boleh menuntut ganti rugi daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN