Kedudukan Rusia untuk bertanding di kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar kini terancam selepas Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) menggantung semua atlet dari negara berkenaan bertanding di semua kejohanan antarabangsa.
Malah Rusia dijangka tidak akan dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo sekiranya proses rayuan juga berakhir dengan dengan kegagalan.
BREAKING: The World Anti-Doping Agency bans Russia from all major sporting events for four years, including the Tokyo Olympics and the Qatar World Cup https://t.co/2yNp8E96If
— CNN (@CNN) December 9, 2019
WADA pada hari ini bersetuju menggantung Rusia dari bertanding dalam semua jenis acara sukan peringkat antarabangsa selama empat tahun selepas gagal mematuhi peraturan badan anti dadah dunia itu.
Komiti WADA yang bersidang pada hari ini di Switzerland mendapati Agensi Anti Dadah Rusia (RUSADA) gagal memberikan sepenuhnya ketika siasatan terhadap sukan di negara tersebut.
WADA Executive Committee unanimously endorses four-year period of non-compliance for the Russian Anti-Doping Agency:https://t.co/K8QjAz7u4R
— WADA (@wada_ama) December 9, 2019
RUSADA kini mempunyai tempoh selama 21 hari untuk menjawab keputusan, atau membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang-Tara Sukan Antarabangsa (CAS).
Russia have been banned from the 2022 World Cup, but can compete at Euro 2020.
Full story ?
— Goal News (@GoalNews) December 9, 2019
Jika keputusan tersebut ditarik semula, Rusia akan dibenarkan bertanding di Tokyo pada tahun hadapan.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada Perseketuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai status Rusia, namun negara tersebut dijangka terus mengambil bahagian di Kejohanan Euro 2020 kerana telah melayakkan diri.
.