Masa depan Massimiliano Allegri dengan Juventus sudah pun diputuskan. Pengendali berbangsa Itali itu akan meninggalkan The Old Lady selepas tamat musim ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh Juventus.
Sepanjang berkhidmat bersama Juventus, Allegri telah membantu kelab itu merangkul 5 kejuaraan Serie A yang dijuaraai secara berturut-turut.
Ini bermakna sejak menyertai Juventus, beliau tidak pernah gagal menjulang Serie A.
Max Allegri juga membantu Juventus mengecapi 4 kejuaraan Piala Itali dan 2 Piala Super Itali.
🏆 5x Serie A
🏆 4x Coppa Italia
🏆 2x Supercoppa ItalianaAfter five seasons in charge, Massimiliano Allegri will be leaving Juventus at the end of the season ⚫️⚪️👏 pic.twitter.com/8t2s9L7v3h
— Football on TNT Sports (@footballontnt) May 17, 2019
Allegri dianggap sebagai salah seorang pengurus terbaik dalam sejarah Juventus sepanjang zaman. Beliau menguatkan lagi dominasi Juventus di liga Itali.
Musim ini, Juventus menamatkan saingan liga sebagai juara. Juve turut mara ke suku akhir UCL dan Coppa Italia.
Minggu lalu, Allegri menempelak wartawan di sidang media beliau, selepas wartawan itu membuat spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan Juventus kerana kegagalan menjuarai UCL – meskipun sudah diberikan pemain termahal dalam sejarah Serie A – Cristiano Ronaldo.
Ketika itu Allegri berkata: “Saya suka membaca apa sahaja wartawan tulis. Minggu hadapan saya akan bertemu dengan presiden. Kami akan berbincang beberapa perkara umum, sepertimana tahun-tahun sebelum ini. Sebelum perlawanan Ajax saya sudah beritahu saya mahu kekal.”
Namun segalanya berubah. Media kini menunggu kenyataan daripada pihak kelab dan Allegri dalam sidang media pada Sabtu ini. Perlawanan terakhir Allegri bersama Juventus adalah menentang Sampdoria pada 26 Mei ini.