David Ornstein melaporkan bahawa usaha untuk Tottenham Hotspur mendapatkan Paulo Dybala menemui jalan buntu. Ini selepas Juventus melakukan pusingan U – tidak mahu menjual pemain itu ke Spurs.
Berapa jam yang lalu, sumber yang sama melaporkan bahawa Juventus setuju untuk melepaskan Dybala kepada Spurs. Dan Spurs diberikan kebenaran untuk berbincang dengan Dybala.
Laporan Fabrizio Romano pula mendedahkan bahawa fasa rundingan dengan Dybala adalah sukar kerana pemain itu meminta beberapa syarat yang sukar dipenuhi Spurs termasuk bonus, komisen serta isu hak imej.
Paulo Dybala. Juventus and Tottenham are trying to find the total agreement; still some problems between Dybala and Tottenham to be solved. Meeting today with agents and Juventus director too. Not an easy deal but talks ongoing. ⚪️ #THFC #Tottenham #transfers
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 8, 2019
Walaubagaimanapun Spurs masih berusaha memastikan mereka dapat mencari titik tengah dan memeterai perjanjian itu.
Tidak semena-mena, kira-kira sejam yang lalu, daripada masa artikel ini ditulis, Juventus pula menyatakan mereka tidak mahu menjual Dybala ke Spurs. Ketika Spurs berusaha membincangkan terma peribadi.
BREAKING: Tottenham’s proposed move for Paulo Dybala is OFF after Juventus ultimately decided not to sell the 25-year-old Argentina forward #THFC #Juve
— David Ornstein (@David_Ornstein) August 8, 2019
Lantas usaha Spurs untuk mendapatkan Dybala dilaporkan telah gagal.
Terdapat beberapa spekulasi di atas tindakan Juventus. Adakah mereka menantikan tawaran daripada kelab seperti PSG kerana kelab itu meletakkan Dybala sebagai antara calon pengganti Neymar.